Baru-baru ini, PN mengumumkan penggunaan logo dan tema sendiri di negeri-negeri ditadbir gabungan parti itu. Susulan isu tersebut, Caprice tampil meluahkan pandangannya mengenai pelbagai isu yang melanda negara ketika ini membabitkan politik terutama yang terbaharu berhubung tindakan Perikatan Nasional (PN) mencadangkan negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu menggunakan logo dan tema yang berbeza berbanding di peringkat nasional.
“Kita ini (Malaysia) sangat-sangat ‘unik’, (dalam tempoh) lima tahun, (sudah ada) empat Perdana Menteri. Korang (kamu) ingat kerajaan Malaysia macam spender ke apa? Tak puas hati, tukar, marah sikit, tukar," katanya. Beliau menegaskan, musim Pilihan Raya Umum (PRU) sudah berlalu termasuk musim Pilihan Raya Negeri (PRN). “(Untuk itu) boleh tak kita semua bersatu demi merdeka dan demi masa depan Malaysia, boleh tak?
“Inilah (jika asyik nak bertukar Perdana Menteri) sebab orang luar susah nak invest (melabur) dekat Malaysia. Kalau syarikat punya bos, asyik-asyik tukar, korang (kamu) yakinkah nak invest? Confirm tak.
“Hang (kamu) ingat nak bina negara ini, macam buat mi segera? Nak bina satu bangunan pun ambil masa empat tahun, nak buat konsert pun perlu enam bulan, ini nak bina negara,” katanya dalam rakaman di akaun Instagram miliknya.
Menurut Caprice, semua pihak perlu berhenti berpolitik jika mahukan negara ini stabil.
“Macam mana nak stabil kalau asyik-asyik nak tukar spender? (Marilah) sama-sama rapatkan saf, sama-sama baiki, sama-sama bina (negara),” katanya. Sumber: Utusan |
ashilalat replied at 21-8-2023 05:48 AM
Aku rasa annoying dgn manusia² yg main politik 24 jam. Kalo sambutan hari kebangsaan peringkat nasi ...
ashilalat replied at 21-8-2023 05:48 AM
Aku rasa annoying dgn manusia² yg main politik 24 jam. Kalo sambutan hari kebangsaan peringkat nasi ...
ashilalat replied at 21-8-2023 05:48 AM
Aku rasa annoying dgn manusia² yg main politik 24 jam. Kalo sambutan hari kebangsaan peringkat nasi ...
ADVERTISEMENT