Selepas lima tahun menjalani pembedahan batriarik, penyanyi Datuk Aishah mendedahkan sehingga kini dia berjaya mengekalkan saiz S. Kata Aishah dia berjaya menurunkan berat sebanyak 52 kilogram dan prosedur tersebut adalah salah satu inisiatif bagi mengawal dirinya dari makan berlebihan.
Penyanyi ini bagaimanapun turut menegaskan bahawa mengubah gaya hidup lebih sihat juga penting agar lebih sihat. "Ramai tahu perjalanan batriatrik saya sudah berjalan lebih lima tahun. Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan berat badan 50 hingga 52 kilogram. "Pengecilan perut sebagai satu cara untuk menyekat kita daripada terlebih malam tetapi pada akhirnya anda perlu menukar gaya hidup dan cara pemakanan," katanya. Aishah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instgram miliknya. Penyanyi itu juga menasihatkan orang ramai mengenai penjagaan kesihatan dari aspek pemakanan dan aktiviti fizikal.
"Kesihatan itu satu rezeki yang sangat berharga, jadi jangan ambil ringan perkara ini. "Alhamdulillah, dengan pemakanan sederhana dan melakukan sedikit senaman... Tak kiralah, janji berpeluh setiap hari, sekarang saya maintain saiz S," katanya. Untuk rekod, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau batriatik pada 2018. Sumber: mStar, IG Aishah
|
allshares replied at 20-8-2023 10:52 PM
*edited rina harun bkn lina harun*
Mmg ok lah tu dpt jaga mkn istiqomah selama 5thn. Si lina harun ...
ashilalat replied at 20-8-2023 08:52 PM
Entah² side effectnya sedang menanti je nak menyerang
ADVERTISEMENT