CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fyna Jebat Enggan Komen Hubungan Dengan Zainal Abidin

20-8-2023 05:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4302| Komen: 35

“No, no, no! (Tidak, tidak, tidak)! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami.”

Demikian respons penyanyi sensasi, Fyna Jebat mengenai dakwaan kononnya hubungannya dengan bekas suami, Datuk Zainal Abidin masih suami isteri dan belum lagi bercerai seperti didedahkan seorang individu rapat bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu sebelum ini.



Pemilik nama lengkap Nur Syafinaz Jebat ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi bagaimanapun berterima kasih atas keprihatinan orang ramai tentang status perkahwinannya.

“Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” kata Fyna, 30.

Terdahulu, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan Fyna dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, semalam.

Setakat makan berdua, situasi tersebut mungkin tidak mencetuskan tanda tanya, sebaliknya kemesraan hubungan pasangan sensasi itu yang turut makan bersuap mencetuskan banyak spekulasi.


Bekas jurulatih bola sepak terbabit juga dilihat menyuapkan hidangan seakan-akan laksa Johor ke mulut penyanyi berusia 30 tahun itu tanpa kekok.

Malah mereka yang sedondon mengenakan pakaian rona hitam tampak tidak mempedulikan pelanggan lain apabila terus menikmati hidangan sambil berbual mesra.


Fyna yang berambut paras bahu awalnya duduk secara berdepan dengan Zainal, tetapi kemudian mengubah kedudukannya lebih hampir dengan bekas suaminya.

Susulan video dikongsikan dalam Instagram dan TikTok HibGlam, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Malah ada dalam kalangan pengikut laman sosial beranggapan Zainal dan Fyna atau nama sebenarnya,Nur Syafinaz Jebat sudah kembali rujuk.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal, 61, mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Kontroversi membabitkan mereka mula timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia sekitar awal tahun ini.

Sekian lama mengunci mulut, Fyna kemudiannya mengesahkan status sebagai isteri Zainal pada sidang media sebuah program realiti pada 9 Januari lalu.

Zainal sebelum telah berkahwin dengan Datin Zalina Zaini sejak 1980 dan dikurniakan tiga anak serta beberapa cucu.

Dalam satu pertemuan media sebelum ini, kakak Fyna, Ayda terpaksa menjadi galang ganti mengakui sudah ‘lost contact’ dengan adiknya sejak hampir tiga bulan lalu.

Kata Ayda, begitulah cara Fyna menenangkan diri.


Sumber: Kosmo! Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 20-8-2023 06:09 PM
Betul la dia tu
Quote becir 20-8-2023 06:10 PM
What were u thinking la kawen lelaki tua camni laki orang some more kata jutawan pun tidak
Quote kawaiichicken 20-8-2023 08:11 PM
ayda kata fyna nih hilang susah cari message tak seen? nih ada je
Quote KirazMevsimi 20-8-2023 08:26 PM
makan bersuap sambil berbual mesra tanpa menghiraukan manusia dan keadaan sekeliling. haaa gituuuu
Quote applecomel 20-8-2023 08:35 PM
saja cari pasal juga ni pun....
Quote ashilalat 20-8-2023 08:51 PM
Semoga berbahagia fyna
Quote akuHavocczz 20-8-2023 09:06 PM
Dan.. dan dapat title penyanyi sensasi eh
Quote theotherfriend 20-8-2023 09:43 PM
Umur dah 30 kot. Memang betul2 nak settle down ni. Semoga ketiga2 mereka dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Tetiba iols sedih dgn yang pertama dan yang kedua. Yang lelaki tu iols nyampah...
Quote TeropongThaico 20-8-2023 10:09 PM
Semoga aman2 je lepas ni. Jgn perang tercetus lg dah hendaknya
Quote jerukkedondong 20-8-2023 10:18 PM
aku kadang2 mmg tak faham dgn selera manusia ni..HAHAHA
semoga berbahagia lah
Quote lanacondor 20-8-2023 10:19 PM
Jantan bujang ramai tp gay.. tgl yg belen2 laki org je la.. xpela poligami tu Sunnah. Dh jodoh dia kot. Atok jainal dh poligami tu kne la berlaku adil. Kne betul2 handle dua2 bini. Tgjwb byk dh tu.
Quote naina 20-8-2023 10:24 PM
Fuhhh yang belah sana baran nengoknya
Mati2 ingat dah cerai dan takkan jumpa lagi
Sekaliik makan sama2 pun sedondon
Semoga baik2 aje
Quote ropiahdiva80 20-8-2023 11:06 PM
toknal pon mmg xleh lupakan pina ni kan?
centa sejati agituh
Quote Oroi8887 20-8-2023 11:07 PM
So kata cerai tu drama aje lah ya. Sian wife satu lg
Quote de_ikea 21-8-2023 12:22 AM
Datin dan anak2 mesti mula perang dah kat story memasing
Quote Moyangkucing 21-8-2023 01:00 AM
Kalau dah bercerai tentu x de masaalah nak bagi tahu dah cerai. Yg beria tak nak komen ni sebab takut kena sebat dengan penyapu in public dgn 1st wife la tu...
Quote EriaDoritis 21-8-2023 02:24 AM
Dia punya 'no komen' tu macam... Ehhhh kejarlah aku kalau nak tau cerita...
Quote sharlenetexas 21-8-2023 02:29 AM
Rujuk balik ke? Setia dgn botol kicap.

Quote sukacactus 21-8-2023 06:07 AM
Masih bersama ke tak tu, kita xkesah pun
Diorang bkn sapa2 pun dgn kita
Pihak sblh sana je la tu nnt yg berasap
Semoga yg baik2 aje lah

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.177880 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top