Pelakon Mia Sara Nasuha yang memulakan karier lakonan seawal usia tiga tahun mengakui sudah jemu membawakan watak sebagai pelajar sekolah. Mia atau Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan kini sudah berusia 18 tahun ingin membuktikan bahawa dirinya juga mampu membawa watak berbeza yang lebih dewasa.
“Kalau ditanya watak yang diidamkan, saya tidak mahu lagi membawakan peranan pelajar sekolah. Sudah 13 tahun saya bawakan watak sebegitu. “Saya sudah bersedia dan mahukan watak remaja yang lebih dewasa. Tapi saya sedar akan keadaan fizikal saya yang kecil ini,” katanya dalam nada sedikit kecewa. Jujurnya, Mia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana tidak mahu lagi membawakan watak serupa sebagai pelajar sekolah, walaupun mengakui pada awalnya takut berbuat demikian kerana seolah-olah menolak rezeki. “Kalau ikutkan banyak juga watak budak sekolah yang saya tolak sebab sudah terlalu sangat bawa peranan sebegitu.
“Mula-mula ada terfikir juga orang kata tolak rezeki. Tapi lama-lama bila difikirkan semula, kalau ada rezeki tidak akan ke mana,” jelasnya yang menanti diberikan watak sebagai heroin. Selain daripada berlakon, Mia juga dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang pemasaran. Biarpun bakal bergelar penuntut kolej, Mia tidak akan berhenti untuk terus aktif berlakon kerana menganggap kedua-dua bidang tersebut sangat penting.
|
Pujangga22 replied at 20-8-2023 05:11 PM
jangan plk bukak tudung bila dpat watak dewasa
dua_chzy replied at 20-8-2023 07:57 PM
Akak bagi watak kambing la, nak?
doubleA replied at 20-8-2023 07:03 PM
Watak dewasa? Tapi bertudung dgn tak berapa tinggi memang sesuai jadi anak heroin jela ko vera ...
doubleA replied at 20-8-2023 07:03 PM
Watak dewasa? Tapi bertudung dgn tak berapa tinggi memang sesuai jadi anak heroin jela ko vera ...
ADVERTISEMENT