Miliki wajah yang dianggap 'jambu', pasti ada yang mempertikaikan kemampuan pelakon Dini Schatzmann dan Dafi Ismail melakonkan watak dalam filem bergenre aksi ketenteraan, Malbatt: Misi Bakara arahan Adrian Teh.
Enggan menghiraukan apa juga persepsi dilemparkan, Dini dan Dafi seronok dapat menjadi sebahagian pasukan filem yang menelan belanja RM20 juta itu. Bagi Dini, filem Malbatt: Misi Bakara cukup bermakna kerana ini adalah filem sulungnya selepas lima tahun bergelar anak seni. Sebagai pendatang baharu dalam dunia perfileman, Dini berkata, dia cukup teruja apabila terima lamaran membintangi filem bergenre aksi ketenteraan ini. Dini yang terbang ke Turkiye untuk menjalani penggambaran filem mengakui, dia mulanya rasa terlalu kerdil berbanding pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlee, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Shaheizy Sam, Iedil Putra, Hairul Azreen serta ramai lagi.
Namun, katanya, apa yang mengejutkan, dia langsung tidak rasa terpinggir sepanjang dua minggu berada di Turkiye. Sebaliknya, katanya, rakan pelakon tidak kedekut ilmu, malah sentiasa memberikan perangsang agar dapat menghayati watak Sarjan Hamid dengan baik. "Selama ini, saya hanya membintangi drama dan supertele. Ketika terima tawaran Adrian untuk membintangi filem berskala besar dan dibarisi pelakon hebat, siapa tak teruja? "Mulanya rasa kerdil membayangkan semua pelakon berpengalaman sebab saya masih baru. "Namun, bila bertemu di lokasi, mereka langsung tak kedekut ilmu. Mereka beri saya laluan berlatih sebelum masuk ke set," katanya kepada BH Online.
|
sleepandream replied at 20-8-2023 02:26 PM
tu drama ketenteraan korea song jongki belakon lagi berwajah pondan...
muka putih licin ko raserrrr ...
zuuu replied at 20-8-2023 06:40 PM
Descendent of the sun ke kdrama yg ko maksudkan...kulit jongki mmg cantik flowless sama ngan heroi ...
sleepandream replied at 20-8-2023 07:26 PM
yasss... iols kenot... atleast mcm hyun bin ke nampakla gagah sikit.. jongki tu dalam realiti aje ...
ADVERTISEMENT