CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jika Merepek, Negatif, Anak Sendiri Pun Aziz M Osman 'Block'!

20-8-2023 12:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2242| Komen: 3

Pengarah filem, Aziz M Osman, 60, tidak akan 'beri muka' dan terus menyekat sesiapa saja di WhatsApp serta akuan media sosialnya walaupun anak sendiri jika didapati mengirim mesej merepek serta berbaur negatif.


Aziz ditemui berkata dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu termasuk anak sendiri, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabatnya yang didapati cuba berbuat demikian.


"Saya akan 'block' (sekat) sesiapa saja yang mengirim mesej merepek dan berbaur negatif di Whatsapp serta di akaun media sosial walaupun dia adalah anak saya sendiri. Saya memang tidak akan beri muka dan teragak-agak untuk bertindak.

"Sekarang, saya tengok kebanyakan orang bercakap tanpa ilmu kerana masing-masing dibenarkan bersuara di dalam medium (media sosial) mereka. Jadi, tindakan saya 'block', cuma nak elakkan benda yang tidak baik. 

"Pada usia begini, dimana saya pun sudah bercucu pastinya saya tidak akan benarkan benda negatif ada di dalam hidup saya. Saya mahu tenang dan 'move' saja sebab reda dengan ketentuan takdir," katanya kepada Harian Metro.


Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai perceraian Aziz dan bekas isterinya, Puteri Lily Lokman, 32, yang berlaku pada awal Julai lalu meskipun sudah 13 tahun hidup bersama dan memiliki dua cahaya mata.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-8-2023 04:31 PM
yer laaaa !!!
Quote sharlenetexas 21-8-2023 02:29 AM
Makin tua makin menyentap.

Quote lanacondor 21-8-2023 04:48 AM
Tang part org skg rmi bercakap tanpa ilmu mmg ye. Sakit ati bila baca.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046968 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top