Lima penyanyi pelbagai bangsa dan etnik berganding bahu dengan melancarkan sebuah lagu berjudul Rahsia Petua bersempena dengan bulan kemerdekaan. Lagu yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia itu menampilkan Kmy Kmo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo.
Kmy berkata, dia dan Luca menyahut cabaran mencipta lagu bertemakan patriotik selepas menerima tugasan itu daripada syarikat rakaman Universal Music Malaysia. "Kerjasama ini tercetus apabila Universal Music meminta saya untuk menghasilkan lagu berkonsepkan kenegaraan. "Syarikat rakaman juga turut mencadangkan kami bekerjasama dengan Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Luca berkata, tidak mudah menghasilkan Rahsia Petua kerana tidak mahu menggubah lagu bertemakan patriotik yang cliche seperti karya lain.
Sementara itu, Nicole Lai dan Psychomantra pula memberitahu ini merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu. Lebih menarik lagi apabila muzik video lagu ini dirakam secara berasingan yang mana memerlukan empat lokasi berlainan Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT