CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembaca Berita TV3 Buat Kejuta Kepada Pasangan Suami Isteri Kematian Anak, "Muka Seiras, Terubat Rindu"

16-8-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3451| Komen: 14

PETALING JAYA – Seorang penyampai berita televisyen tempatan, Muhammed Ahmad Hamdan membuat kejutan kepada sepasang suami isteri ekoran mukanya yang mirip dengan arwah anak pasangan tersebut.

Hamdan menemui keluarga tersebut di rumah mereka di Batang Kali, Hulu Selangor pada Ahad lalu.

Muhammed Ahmad mempunyai wajah seakan-akan Allahyarham Mohd. Afiq Adnan, 36, iaitu anak sulung kepada pasangan suami isteri tersebut yang meninggal dunia pada dua tahun lalu akibat Covid-19.

Foto: Kosmo

Video pertemuan yang menyayat hati itu dimuat naik oleh adik Allahyarham Mohd. Afiq, Nur Aqilah Adnan, 24, di akaun TikToknya sehingga tular sejak semalam.

Nur Aqilah berkata, pada awalnya, dia hanya meluahkan perasaan rindu kepada pembaca berita itu menerusi kiriman mesej di Instagram sempena genap dua tahun kematian abang sulungnya.

Dia tidak menyangka Muhammed Ahmad membalas mesejnya dan menawarkan untuk datang sendiri ke rumah mereka.




“Saya memang tergerak hati nak mesej, sebab rindu dengan arwah abang. Tidak sangka encik Muhammed Ahmad itu balas dan ‘offer’ kalau tidak keberatan dia ingin datang rumah.

“Kami sekeluarga memang dah lama tengok encik Muhammed Ahmad di kaca televisyen dan mak memang nak sangat jumpa dia. Masa hari kejadian, mak ayah memang tidak tahu siapa tetamu istimewa yang datang.

“Bila mak keluar dapur dia terkejut, dan sangat sebak kerana rindu sangat dengan arwah abang. Mak peluk seperti mahu lepas rindu dengan anak kesayangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!



Tambahnya, walaupun bukan seratus peratus mirip, namun dari segi mata, mulut dan pipi memang sama dengan arwah abangnya yang turut meninggalkan balu bersama dua orang anak.

Dalam pada itu, Nur Aqilah turut berkata, mereka sekeluarga bersyukur Allah hadirkan insan yang mirip sama dengan arwah abangnya.

Katanya, dengan cara itu, mereka adik-beradik dapat peluang untuk membahagiakan ibu bapa mereka yang sememangnya terlampau rindu dengan arwah abang.

“Encik Muhammed Ahmad pun sangat peramah, baik, dan seorang rendah diri. Mak pun siap ajak dia tidur rumah, seperti dah akrab sangat.

“Sebelum ini pun kenalan terdekat pernah beritahu kami yang muka pembaca berita iras dengan arwah abang. Harap kami sekeluarga dapat terus berhubung untuk eratkan silaturrahim ini,” luahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-8-2023 10:11 AM
meols tgok tt macam budak pompuan tu yang dah terlebih syok pulak...takde la macam rindu arwah abang sangat... ehehehehehehehe..
Quote B40tastePosh 16-8-2023 10:15 AM
Edited by B40tastePosh at 16-8-2023 10:16 AM
prince_marhaen replied at 16-8-2023 10:11 AM
meols tgok tt macam budak pompuan tu yang dah terlebih syok pulak...takde la macam rindu arwah abang ...


Boleh la kahwin dgn pembaca berita tu...alasan nak bantu mak ayah yg kerinduan.
Quote Belibis 16-8-2023 11:24 AM
Ni baru betul wajah terkesima bila jumpa wajah seiras orang dirindui..bukan macam soheb yang menyeringai ketawa..macam menganjing...' aku dah move on laaa'...
Quote matjerk 16-8-2023 11:33 AM
Aku tgk .. sebak lah jugak... ibu kehilangan anak kan..?

Cuma nak tahu, bukankah rindu tu lebih menyakitkan bila kenyataan nya anak tu mmg dh x de.. didatangkan dgn org mirip dia buat apa...

Kedua, tak best la bagi bouquet2 ni.. esp klu tempah kedai..mahal kot... sudahnya kau nak buat apa boquet tu.. bg makanan, masak best2.. bawak balik bekal.. or bagi buah durian..manggis ke.. or bagi kepok keping.. kepok lekor. Ikan masin ke.. lagi best.. hehehehhe
Quote doubleharmonic 16-8-2023 11:49 AM
matjerk replied at 16-8-2023 11:33 AM
Aku tgk .. sebak lah jugak... ibu kehilangan anak kan..?

Cuma nak tahu, bukankah rindu tu lebih men ...

kan chuolss. kena lah terima orang dah takde kalau jumpa yang mirip ni pon nak buat apo macam menipu diri sendiri jahhh? takkan nak jadi macam babienyu ni sampai nak kena bogel semata nak jumpa arwah sebab sayang sangat katanyerr?

[tiktok]7262639134089415938[/tiktok]

Quote Lavender_Violet 16-8-2023 11:56 AM
matjerk replied at 16-8-2023 11:33 AM
Aku tgk .. sebak lah jugak... ibu kehilangan anak kan..?

Cuma nak tahu, bukankah rindu tu lebih men ...

Off topic...

Hal bouquet2 ni...mmg meols setuju dgn chuols
Membazir, dah la mahal
Lepas dah mkn coklat, kek ke hapa bagai yg dibagi tu, belon bunga tu buat apa?
Sepuk je kat bucu dinding buat kumpul habuk
Kadang2 harga bouquet tu tak masuk akal
Iols tak bagi dah laki iols beli bouquet2 ni, membazir...baik bagi duit tu kat ai buat beli bra panties renda2 cantik2
Quote matjerk 16-8-2023 11:57 AM
doubleharmonic replied at 16-8-2023 11:49 AM
kan chuolss. kena lah terima orang dah takde kalau jumpa yang mirip ni pon nak buat apo macam meni ...

Out of desperation, sanggup buat apa sahaja... tapi end result nya apa... dpt jumpa utk lps kan rindu? Lps tu? Esok lusa? Hidup in denial adalah lebih menyakitkan. Tp yg kes smpai kena bogel ni... errrrkkk.seram.... kenyang tokbomoh boleh tgk kebogelan
Quote matjerk 16-8-2023 11:58 AM
Lavender_Violet replied at 16-8-2023 11:56 AM
Off topic...

Hal bouquet2 ni...mmg meols setuju dgn chuols

Kokye nak bagi coklat..bg je lah mcm biasa.. bungkus simple.. x pyh lah bouquet2
Quote supernaturalee 16-8-2023 01:39 PM
ye ye

jgn lupa bini arwah dan anak2nya jgk ye


Quote nolya 16-8-2023 02:48 PM
Memberi jambangan bunga tu sebenarnya ikut budaya inggeris.  Budaya melayu tak ade beri coklat dn bunga. Orang melayu biasaya akan beri hadiah yg boleh dimanfaatkan spt tudung untuk ibu2/kain batik/kain pelikat kerana kain ni dipakai selalu.  Dlm erti kata tinggi menghargai pemberian kerana sering dipakai.
Mungkin orang muda zmn ni boleh tukar betuk hadiah pemberian iaitu dgn memberi cincin/rantai/kalung berloket atau gelang tangan PERSAHABATAN.  Tak semestinya yg mahal, cukup sekadar berbaloi harga dn termampu.  Itu lebih bermakna drp memberi bunga yg sudahnya ke bakul sampah  atau makanan pun ke toilet juge.
Quote rosedemon 17-8-2023 08:44 AM
wei makcik mana boleh peluk2 laki bukan muhrim

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037803 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top