View: 3304|Reply: 11
|
Pembaca Berita TV3 Buat Kejuta Kepada Pasangan Suami Isteri Kematian Anak, "Muka Seiras, Terubat Rindu"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang penyampai berita televisyen tempatan, Muhammed Ahmad Hamdan membuat kejutan kepada sepasang suami isteri ekoran mukanya yang mirip dengan arwah anak pasangan tersebut.
Hamdan menemui keluarga tersebut di rumah mereka di Batang Kali, Hulu Selangor pada Ahad lalu.
Muhammed Ahmad mempunyai wajah seakan-akan Allahyarham Mohd. Afiq Adnan, 36, iaitu anak sulung kepada pasangan suami isteri tersebut yang meninggal dunia pada dua tahun lalu akibat Covid-19.
 Foto: Kosmo
Video pertemuan yang menyayat hati itu dimuat naik oleh adik Allahyarham Mohd. Afiq, Nur Aqilah Adnan, 24, di akaun TikToknya sehingga tular sejak semalam.
Nur Aqilah berkata, pada awalnya, dia hanya meluahkan perasaan rindu kepada pembaca berita itu menerusi kiriman mesej di Instagram sempena genap dua tahun kematian abang sulungnya.
Dia tidak menyangka Muhammed Ahmad membalas mesejnya dan menawarkan untuk datang sendiri ke rumah mereka.
“Saya memang tergerak hati nak mesej, sebab rindu dengan arwah abang. Tidak sangka encik Muhammed Ahmad itu balas dan ‘offer’ kalau tidak keberatan dia ingin datang rumah.
“Kami sekeluarga memang dah lama tengok encik Muhammed Ahmad di kaca televisyen dan mak memang nak sangat jumpa dia. Masa hari kejadian, mak ayah memang tidak tahu siapa tetamu istimewa yang datang.
“Bila mak keluar dapur dia terkejut, dan sangat sebak kerana rindu sangat dengan arwah abang. Mak peluk seperti mahu lepas rindu dengan anak kesayangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Tambahnya, walaupun bukan seratus peratus mirip, namun dari segi mata, mulut dan pipi memang sama dengan arwah abangnya yang turut meninggalkan balu bersama dua orang anak.
Dalam pada itu, Nur Aqilah turut berkata, mereka sekeluarga bersyukur Allah hadirkan insan yang mirip sama dengan arwah abangnya.
Katanya, dengan cara itu, mereka adik-beradik dapat peluang untuk membahagiakan ibu bapa mereka yang sememangnya terlampau rindu dengan arwah abang.
“Encik Muhammed Ahmad pun sangat peramah, baik, dan seorang rendah diri. Mak pun siap ajak dia tidur rumah, seperti dah akrab sangat.
“Sebelum ini pun kenalan terdekat pernah beritahu kami yang muka pembaca berita iras dengan arwah abang. Harap kami sekeluarga dapat terus berhubung untuk eratkan silaturrahim ini,” luahnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
meols tgok tt macam budak pompuan tu yang dah terlebih syok pulak...takde la macam rindu arwah abang sangat... ehehehehehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 16-8-2023 10:16 AM
prince_marhaen replied at 16-8-2023 10:11 AM
meols tgok tt macam budak pompuan tu yang dah terlebih syok pulak...takde la macam rindu arwah abang ...
Boleh la kahwin dgn pembaca berita tu...alasan nak bantu mak ayah yg kerinduan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul wajah terkesima bila jumpa wajah seiras orang dirindui..bukan macam soheb yang menyeringai ketawa..macam menganjing...' aku dah move on laaa'... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk .. sebak lah jugak... ibu kehilangan anak kan..?
Cuma nak tahu, bukankah rindu tu lebih menyakitkan bila kenyataan nya anak tu mmg dh x de.. didatangkan dgn org mirip dia buat apa...
Kedua, tak best la bagi bouquet2 ni.. esp klu tempah kedai..mahal kot... sudahnya kau nak buat apa boquet tu.. bg makanan, masak best2.. bawak balik bekal.. or bagi buah durian..manggis ke.. or bagi kepok keping.. kepok lekor. Ikan masin ke.. lagi best.. hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
kan chuolss. kena lah terima orang dah takde kalau jumpa yang mirip ni pon nak buat apo macam menipu diri sendiri jahhh? takkan nak jadi macam babienyu ni sampai nak kena bogel semata nak jumpa arwah sebab sayang sangat katanyerr?
|
|
|
|
|
|
|
|
Off topic...
Hal bouquet2 ni...mmg meols setuju dgn chuols
Membazir, dah la mahal
Lepas dah mkn coklat, kek ke hapa bagai yg dibagi tu, belon bunga tu buat apa?
Sepuk je kat bucu dinding buat kumpul habuk
Kadang2 harga bouquet tu tak masuk akal
Iols tak bagi dah laki iols beli bouquet2 ni, membazir...baik bagi duit tu kat ai buat beli bra panties renda2 cantik2 
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 16-8-2023 11:49 AM
kan chuolss. kena lah terima orang dah takde kalau jumpa yang mirip ni pon nak buat apo macam meni ...
Out of desperation, sanggup buat apa sahaja... tapi end result nya apa... dpt jumpa utk lps kan rindu? Lps tu? Esok lusa? Hidup in denial adalah lebih menyakitkan. Tp yg kes smpai kena bogel ni... errrrkkk.seram.... kenyang tokbomoh boleh tgk kebogelan |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 16-8-2023 11:56 AM
Off topic...
Hal bouquet2 ni...mmg meols setuju dgn chuols
Kokye nak bagi coklat..bg je lah mcm biasa.. bungkus simple.. x pyh lah bouquet2 |
|
|
|
|
|
|
|
ye ye
jgn lupa bini arwah dan anak2nya jgk ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Memberi jambangan bunga tu sebenarnya ikut budaya inggeris. Budaya melayu tak ade beri coklat dn bunga. Orang melayu biasaya akan beri hadiah yg boleh dimanfaatkan spt tudung untuk ibu2/kain batik/kain pelikat kerana kain ni dipakai selalu. Dlm erti kata tinggi menghargai pemberian kerana sering dipakai.
Mungkin orang muda zmn ni boleh tukar betuk hadiah pemberian iaitu dgn memberi cincin/rantai/kalung berloket atau gelang tangan PERSAHABATAN. Tak semestinya yg mahal, cukup sekadar berbaloi harga dn termampu. Itu lebih bermakna drp memberi bunga yg sudahnya ke bakul sampah atau makanan pun ke toilet juge. |
|
|
|
|
|
|
|
wei makcik mana boleh peluk2 laki bukan muhrim |
|
|
|
|
|
|
| |
|