JAKARTA – Sebuah banglo dua tingkat di Bandung, wilayah Jawa Barat didakwa berhantu dan menjadi lokasi pemujaan berikutan binaan patung gurita gergasi di atas bumbungnya. CNN Indonesia melaporkan, rumah tersebut baru-baru ini diiklankan untuk dijual pada harga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta) dan menjadi tular di media sosial selepas ramai netizen mempersoalkan harga tersebut.
“Rumah gurita berharga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta), adakah berbaloi?” demikian menurut keterangan satu hantaran yang dimuat naik di platform X. Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan ramai mendakwa bahawa kediaman itu berhantu dan kelihatan menyeramkan meskipun tiada bukti menyokong dakwaan mereka. “Seram harganya, lagi seram adalah rumahnya kerana ada banyak patung. Ditambah lagi dengan patung sotong gurita bersaiz gergasi,” kata seorang netizen.
“Seram kalau tiba-tiba patung-patung di rumah itu boleh bergerak sendiri,” ujar pengguna media sosial lain. Sementara itu, seorang ejen hartanah yang mengiklankan kediaman itu menafikan dakwaan orang ramai. Dia berkata, rumah tersebut hanya sebuah kediaman mewah yang mempunyai reka bentuk unik. Beberapa penghasil kandungan yang pernah melakukan lawatan ke rumah itu turut merakam bahagian dalam kediaman tersebut mempunyai kolam mandi serta pelbagai jenis patung haiwan. Pada bahagian bumbung pula, sebuah patung sotong gurita berwarna hitam didirikan dan menambah elemen seram kediaman tersebut. Namun, laman berita Detik melaporkan, patung sotong itu dibina kerana pemilik rumah tersebut gemar elemen berkaitan dengan lautan. Tambahnya, patung sotong gurita itu sebenarnya tangki air yang dibina menyerupai haiwan tersebut. – CARI Sumber: Kosmo
|
kakikuDibibirmu replied at 15-8-2023 07:39 PM
Sotong memang suka kena kicap
Carcosa replied at 15-8-2023 07:41 AM
Ya hamponnnnn, takde taste betul siapa empunya idea ni. Ke duit basuhan laundry? Tu yg buat bende2 m ...
Carcosa: Ya hamponnnnn, takde taste bet ...
Myhappyending replied at 16-8-2023 07:54 AM
Rasa lebuh sesuai dijadikan pusat rekriasi
Kangkung1M replied at 15-8-2023 09:52 PM
Swipe left utk tengok video (2 video) keseluruhan rumah. Rumah 3 tingkat, huhu tangga punyalah ting ...
Tinot7 replied at 15-8-2023 10:35 PM
Bekas owner kristian ka?
MistrezHermanaz replied at 16-8-2023 12:16 AM
ada movie indo tajuk rumah gurita..adakah rumah yg sama..rasanya mcm lain dlm movie tu..org sana mmg ...
ADVERTISEMENT