JAKARTA – Sebuah banglo dua tingkat di Bandung, wilayah Jawa Barat didakwa berhantu dan menjadi lokasi pemujaan berikutan binaan patung gurita gergasi di atas bumbungnya.
CNN Indonesia melaporkan, rumah tersebut baru-baru ini diiklankan untuk dijual pada harga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta) dan menjadi tular di media sosial selepas ramai netizen mempersoalkan harga tersebut.
“Rumah gurita berharga 25 bilion rupiah (RM7.5 juta), adakah berbaloi?” demikian menurut keterangan satu hantaran yang dimuat naik di platform X.
Foto: Detik
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan ramai mendakwa bahawa kediaman itu berhantu dan kelihatan menyeramkan meskipun tiada bukti menyokong dakwaan mereka.
“Seram harganya, lagi seram adalah rumahnya kerana ada banyak patung. Ditambah lagi dengan patung sotong gurita bersaiz gergasi,” kata seorang netizen.
“Seram kalau tiba-tiba patung-patung di rumah itu boleh bergerak sendiri,” ujar pengguna media sosial lain.
Sementara itu, seorang ejen hartanah yang mengiklankan kediaman itu menafikan dakwaan orang ramai. Dia berkata, rumah tersebut hanya sebuah kediaman mewah yang mempunyai reka bentuk unik.
Beberapa penghasil kandungan yang pernah melakukan lawatan ke rumah itu turut merakam bahagian dalam kediaman tersebut mempunyai kolam mandi serta pelbagai jenis patung haiwan.
Pada bahagian bumbung pula, sebuah patung sotong gurita berwarna hitam didirikan dan menambah elemen seram kediaman tersebut.
Namun, laman berita Detik melaporkan, patung sotong itu dibina kerana pemilik rumah tersebut gemar elemen berkaitan dengan lautan.
Tambahnya, patung sotong gurita itu sebenarnya tangki air yang dibina menyerupai haiwan tersebut. – CARI
Post time 15-8-2023 07:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya hamponnnnn, takde taste betul siapa empunya idea ni. Ke duit basuhan laundry? Tu yg buat bende2 merepek takde hal. Suka sea animals pon, takkanla sampai abadikan dkt rumah?
Post time 15-8-2023 11:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masalahnye sesunggut sotong terjuntai tu , klu nmpak dari tingkap dh mcm ekor ular sawa. Konpius ekor ular sawa lak nnti. Kita ni bkn keluarga steve irwin nk minat tgk reptile. ( haha, gaya mcm boleh beli umah ni, nk komen psl sotong ni lebih2).