CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wak Doyok Beri Warning Kepada Influencer, Jangan Nak Demand Dan Letak Harga Tak Masuk Akal

15-8-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2173| Komen: 11

Wak Doyok memberi peringatan kepada pempengaruh atau pensohor media sosial  agar tidak meletakkan harga tidak masuk akal apabila kali pertama menerima tawaran lakonan.

Kata Wak, pempengaruh terbabit tiada pengalaman dalam drama mahu pun filem yang melayakkan mereka untuk demand atau tarik harga tinggi mengalahkan pelakon berpengalaman.


Foto: IG

“Sebagai orang baharu yang tiada asas serta ingin menimba pengalaman, pada awal kemunculan dulu saya tidak letak pun harga kerana tahu di mana kedudukan saya.

“Jadi pempengaruh media sosial yang ingin terjun ke dunia lakonan jangan letak diri secara berlebihan, kena buktikan bakat dahulu. Perlu sedar diri bukan belum-belum dah ‘demand’.

“Setakat buat kelakar, nak tekan harga rasanya perkara seumpama itu perlu dihentikan. Tunjuk prestasi dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online.



Pada masa sama, pelakon Abang Long Fadil 2 itu mengakui belajar ilmu lakonan menerusi YouTube terutama daripada filem Tan Sri P Ramlee selama tiga tahun sebelum berani menerima apa-apa tawaran.

Kata Wak Doyok, 44, cermin serta kawan terdekat turut menjadi tempat untuknya berlatih melontarkan dialog sebagai cubaan menghayati watak dan perwatakan.


“Saya enggan membuang masa pihak produksi dan komitmen pelakon senior untuk berlatih di lokasi penggambaran disebabkan tidak mahu mengganggu.

“Oleh kerana itu saya hanya berani terima tawaran Datuk Yusof Haslam hanya selepas tiga tahun untuk membintangi filem Abang Long Fadil 2 selepas yakin mampu menggalas peranan diberikan.


“Saya takut penerbit terpaksa menanggung kerugian kos dan masa kalau saya main sambar sahaja tawaran." – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-8-2023 04:19 PM
nonok katik ni kerja apa yang sebenar-benarnya? nak kata fashion designer takde lak, nak kata stylist macam abu firdaus aina bedul, tak pernah nampak lak dia style orang...nak kata korporat pun acah2 je duk opis orang.... berlakon pun cameo cameo gitu je watak wak jawa pekat... so? heols adalah?
Quote OshinDaSolja 15-8-2023 05:22 PM
Wak Doyok ni asal Klang kan klau tak silap...tp gaya mcm mat salleh from Kansas City...
Quote Mulotkoyak 15-8-2023 05:30 PM
prince_marhaen: nonok katik ni kerja apa yang  ...
ak pun tertanya juga… kalo xsebut die berlakon abg long fadil mesti ak xtau die pun cameo. Tp tu cameo kan? So die ni sape dlm industri? Ak xdpt tgkp lg dia sape.
Yg ak tau dia bottem. Tu je.
Quote Mekgadis16 15-8-2023 06:41 PM
Mulotkoyak replied at 15-8-2023 05:30 PM
ak pun tertanya juga… kalo xsebut die berlakon abg long fadil mesti ak xtau die pun cameo. Tp tu c ...

Aku pun teringin nak tahu jawapan untuk soalan yang sama
Quote lanacondor 16-8-2023 12:29 AM
OshinDaSolja replied at 15-8-2023 05:22 PM
Wak Doyok ni asal Klang kan klau tak silap...tp gaya mcm mat salleh from Kansas City...

Rasa ada pnh tgk dia jd pengacara. Situ la income dia. Jd duta lg.
Quote slyfynx 16-8-2023 12:32 AM
Ko sape lak nk bg amaran?
dah la x hensem
Quote liyamariska 16-8-2023 06:22 AM
apsal ai tgk dia ni cm delulu jer....

Quote rosedemon 16-8-2023 08:47 AM
jijik leaki ni dah rendang euwww
Quote Mulotkoyak 19-8-2023 03:21 PM
Sape suami heshe yeee?
Quote LadyCarefree 19-8-2023 03:39 PM
Dahtu producer penerbit pengarah yg batak nak sgt influenzar berlakon. Diorang ni lah yg rosakkan industri.
Quote bungarose 19-8-2023 03:40 PM
Ngko saper pun ramai tak kenal
Aper produk seni ngko

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041715 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top