Walaupun pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Mak Wan kata dia tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Kata Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, dia tidak mampu untuk menolak takdir sekiranya suatu hari nanti bertemu jodoh baharu dan kembali bergelar isteri.
Mak Wan bagaimanapun berkata sekiranya ingin mencari pengganti biarlah atas pilihannya sendiri. "Kita tidak boleh nak menolak takdir. Nak kata serik memang serik apa yang berlaku tapi ketentuan Allah kita tak tahu sebab itu Allah bagi ujian. "Saya reda. Nak tolak (jodoh) itu tidak. Biarlah saya cari calon sendiri. Kalau dipadankan, dia bagi gambar lain, nanti jumpa orangnya lain. "Apa-apa pun soal jodoh saya serah ketentuan-Nya," katanya kepada mStar. Berkongsi kisah perkahwinannya sebelum ini yang hanya bertahan tiga bulan, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini berkata kesibukan kerja membuatkan mereka tidak dapat meneruskan hubungan itu.
Reda ikatan perkahwinan dengan Husain Dolah tidak bertahan lama, Mak Wan berkata dia menerima perpisahan itu dengan hati terbuka. "Itulah namanya jodoh. Allah mungkin menguji rumah tangga saya untuk cuba bertahan dalam masa setahun... tetapi tidak sampai. "Perkahwinan saya hanya bertahan selama tiga bulan. Dalam tempoh perkahwinan itu juga, saya hanya bertemu dengannya selama tiga hari. "Saya banyak berada di KL kerana menjalani penggambaran drama. Saya suruh dia (suami) datang KL, dia tak mahu... Saya reda dan terima dengan rela hati," ujarnya. Untuk rekod, Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain pada 22 Januari tahun lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Pasangan ini bercerai pada 21 April tahun sama di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 15-8-2023 12:04 PM
kuat ye napsu mak wan santet ni....
mamajawie replied at 15-8-2023 11:14 AM
alah mak jah cari la yg herlok sikit..pakcik sebelum ni cam asam kecut nk hadap perangai dia n fmily ...
NazRysha replied at 15-8-2023 12:12 PM
mak wan dulu belajar oversea ker?
sorry mcm penah baca
ker org lain ?
kucingitam replied at 15-8-2023 11:46 AM
iye la..makwan kan bekerja kat kl..atok la dtg jumpa makwan..takkan makwan nak ulang alik. ini la na ...
winky1 replied at 15-8-2023 12:43 PM
Hahaha kan dia mention bagi gambar lain jumpa lain...tak jujur sungguh belah sana. Walau apa org ...
winky1 replied at 15-8-2023 12:45 PM
Yg Australia tu dah meninggal...I pun Ter mixed up dulu. Dua2 mereka ni cantik.
ADVERTISEMENT