CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Barang Curi Kucing

14-8-2023 10:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6755| Komen: 4

Jakarta: Seorang penghantar barang di Indonesia mengumpan seekor kucing di rumah orang sebelum melarikan haiwan itu di dalam motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @infobdgbaratcimahi. Kejadian itu berlaku di Kota Cimahi, Jawa Timur  sekitar pukul 1.51 pagi (waktu tempatan) semalam. 


Tempat duduk itu diangkat sebelum lelaki itu mencuri kucing tersebut. - Instagram

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki itu memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah rumah lalu menyalakan rokok dan memerhati keadaan sekeliling.

Apabila situasi dirasakan selamat, dia mengumpan kucing itu menggunakan makanan lalu memasukkannya ke dalam ruang tempat meletak barang di bawah tempat duduk motosikalnya dan melarikan diri.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


“Terkejut apabila kucing dimasukkan ke dalam beg, adakah dia tidak mati, kasihan,” komen seorang netizen. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-8-2023 12:29 AM
Edited by B40tastePosh at 15-8-2023 12:31 AM

Adekah kucing itu bernama Friskis
Quote Tinot7 15-8-2023 12:32 AM
Apa rupa tucen tu?
Quote lanacondor 15-8-2023 07:31 AM
Ini Pon jadi isu semasa.. alahai..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.038750 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top