View: 6635|Reply: 3
|
Penghantar Barang Curi Kucing
[Copy link]
|
|
Jakarta: Seorang penghantar barang di Indonesia mengumpan seekor kucing di rumah orang sebelum melarikan haiwan itu di dalam motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.
Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @infobdgbaratcimahi. Kejadian itu berlaku di Kota Cimahi, Jawa Timur sekitar pukul 1.51 pagi (waktu tempatan) semalam.
Tempat duduk itu diangkat sebelum lelaki itu mencuri kucing tersebut. - Instagram
Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki itu memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah rumah lalu menyalakan rokok dan memerhati keadaan sekeliling.
Apabila situasi dirasakan selamat, dia mengumpan kucing itu menggunakan makanan lalu memasukkannya ke dalam ruang tempat meletak barang di bawah tempat duduk motosikalnya dan melarikan diri.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Terkejut apabila kucing dimasukkan ke dalam beg, adakah dia tidak mati, kasihan,” komen seorang netizen. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 15-8-2023 12:31 AM
Adekah kucing itu bernama Friskis  |
|
|
|
|
|
|
|
Ini Pon jadi isu semasa.. alahai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|