CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Doktor Dicekup ‘Part Time’ Di Rumah Pelacuran

14-8-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7038| Komen: 7

Hong Kong: Seorang pelajar perubatan dan dua gadis berusia 16 tahun antara enam pekerja seks yang ditemui polis semasa serbuan di sebuah rumah pelacuran di Hong Kong, lapor portal berita South China Morning Post.


Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh menjadi ‘ibu ayam’ dan mengendalikan rumah pelacuran tujuh bilik di Jalan Kimberley, Tsim Sha Tsui ketika serbuan petang Khamis lalu.

Polis menyerbu sebuah rumah pelacuran di Tsim Sha Tsui. - Handout

Menurut sumber, pelajar berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pelacur sambilan selama beberapa bulan untuk menjana wang tambahan. Perkhidmatan seks itu diiklankan menerusi sebuah kumpulan dalam aplikasi Telegram dengan gambar mereka turut dipaparkan.

“Gadis muda dan pelajar dijadikan sebagai bahan iklan oleh rumah pelacuran itu untuk menarik pelanggan. 


“Siasatan mendapati setiap pelanggan dikenakan caj antara HK$1,500 (RM885) hingga HK$2,000 (RM1,180) untuk khidmat seks dan ibu ayam akan mengambil separuh wang itu,” katanya.

Pelanggan rumah pelacuran itu dipercayai terdiri daripada pegawai bank dan ejen insurans serta pramugari lelaki.

Polis yang menyamar sebagai pelanggan dikerah mengumpul bukti sebelum serbuan dilakukan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan). Di dalam premis itu, polis menemui enam pekerja seks berusia 16 hingga 27 tahun dan menahan ibu ayam tersebut.

Enam wanita itu tidak ditangkap. Ia tidak menyalahi undang-undang bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk bekerja sebagai pelacur. 

Polis kini berusaha mengesan ketua kumpulan pelacuran di sebalik operasi rumah pelacuran itu serta beberapa suspek lain. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 14-8-2023 09:13 PM
dalam artikel kata pekerjaan pelacur atas 15 dibolehkan jadi kenapa perlu jadi berita bila ada pelacur 20 tahun...
Quote Ayda89 14-8-2023 09:26 PM
Wah gila la budak perempuan 15 ke atas tak menyalahi undang2 jadi pelacur. Tak disalahgunakan ke law macamni. Kot2 boyfriend ke mak bapak yg xberapa waras pergunakan budak2 tu
Quote Carcosa 15-8-2023 12:40 AM
Edited by Carcosa at 15-8-2023 12:43 AM

Pramugari lelaki tu hapaaaaa? Hanjing betul bahasa
Quote Carcosa 15-8-2023 12:43 AM
plywood replied at 14-8-2023 09:13 PM
dalam artikel kata pekerjaan pelacur atas 15 dibolehkan jadi kenapa perlu jadi berita bila ada pelac ...

Diorang tahan mak ayam tu. Mak ayam tu yg umo 20 tahun. Sambil dia mengepak2 ayam, dia pon buat Part time mengayamkan diri dia. For that, it's not a crime lah kot. Cuma dia dagangkan minah2 tu sbg pelacur, ambik pulak 50% out of the payment, tu yg kena tangkap tu,sbb crime. Sbb dia yg ala2 run the show.
Quote sharlenetexas 15-8-2023 01:38 AM
Srmalam mak ayam stewardess vietnam.

Quote sharlenetexas 15-8-2023 01:39 AM
Duk berpeluh2 layan kastemer, dapat separuh je bayaran.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050202 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top