View: 7013|Reply: 6
|
Bakal Doktor Dicekup ‘Part Time’ Di Rumah Pelacuran
[Copy link]
|
|
Hong Kong: Seorang pelajar perubatan dan dua gadis berusia 16 tahun antara enam pekerja seks yang ditemui polis semasa serbuan di sebuah rumah pelacuran di Hong Kong, lapor portal berita South China Morning Post.
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh menjadi ‘ibu ayam’ dan mengendalikan rumah pelacuran tujuh bilik di Jalan Kimberley, Tsim Sha Tsui ketika serbuan petang Khamis lalu.
Polis menyerbu sebuah rumah pelacuran di Tsim Sha Tsui. - Handout
Menurut sumber, pelajar berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pelacur sambilan selama beberapa bulan untuk menjana wang tambahan. Perkhidmatan seks itu diiklankan menerusi sebuah kumpulan dalam aplikasi Telegram dengan gambar mereka turut dipaparkan.
“Gadis muda dan pelajar dijadikan sebagai bahan iklan oleh rumah pelacuran itu untuk menarik pelanggan.
“Siasatan mendapati setiap pelanggan dikenakan caj antara HK$1,500 (RM885) hingga HK$2,000 (RM1,180) untuk khidmat seks dan ibu ayam akan mengambil separuh wang itu,” katanya.
Pelanggan rumah pelacuran itu dipercayai terdiri daripada pegawai bank dan ejen insurans serta pramugari lelaki.
Polis yang menyamar sebagai pelanggan dikerah mengumpul bukti sebelum serbuan dilakukan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan). Di dalam premis itu, polis menemui enam pekerja seks berusia 16 hingga 27 tahun dan menahan ibu ayam tersebut.
Enam wanita itu tidak ditangkap. Ia tidak menyalahi undang-undang bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk bekerja sebagai pelacur.
Polis kini berusaha mengesan ketua kumpulan pelacuran di sebalik operasi rumah pelacuran itu serta beberapa suspek lain. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
dalam artikel kata pekerjaan pelacur atas 15 dibolehkan jadi kenapa perlu jadi berita bila ada pelacur 20 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah gila la budak perempuan 15 ke atas tak menyalahi undang2 jadi pelacur. Tak disalahgunakan ke law macamni. Kot2 boyfriend ke mak bapak yg xberapa waras pergunakan budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 15-8-2023 12:43 AM
Pramugari lelaki tu hapaaaaa? Hanjing betul bahasa 
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 14-8-2023 09:13 PM
dalam artikel kata pekerjaan pelacur atas 15 dibolehkan jadi kenapa perlu jadi berita bila ada pelac ...
Diorang tahan mak ayam tu. Mak ayam tu yg umo 20 tahun. Sambil dia mengepak2 ayam, dia pon buat Part time mengayamkan diri dia. For that, it's not a crime lah kot. Cuma dia dagangkan minah2 tu sbg pelacur, ambik pulak 50% out of the payment, tu yg kena tangkap tu,sbb crime. Sbb dia yg ala2 run the show. |
|
|
|
|
|
|
|
Srmalam mak ayam stewardess vietnam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk berpeluh2 layan kastemer, dapat separuh je bayaran.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|