CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Adakan Gender Reveal September Nanti, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Harap Dapat Anak Lelaki

14-8-2023 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2285| Komen: 10

Nabil Mahir memaklumkan bakal mengadakan pengumuman jantina bayi kedua mereka dalam satu majlis ‘gender reveal’ pada 23 Sepetember ini.

Majlis itu akan menjadi kejutan untuk dia dan isteri, Ayda Jebat juga kerana sehingga kini mereka masih tidak tahu jantina bayi keduanya.


Foto: IG

"Kami akan membuat pengumuman itu pada 23 September depan. Malah sekarang pun kami berdua masih tidak tahu jantina bayi sama ada lelaki atau perempuan.

"Sebenarnya, kami pun nak suprise. Sebab itu, ketika pemeriksaan 'scan' dengan doktor, kami minta agar keputusan jantina anak ditutupi sehingga tarikh pengumuman nanti.

"Tapi ikutkan Nabil naklah timang anak lelaki pula. Tapi, apa yang paling utama bagi kami ialah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan proses kelahiran dipermudahkan," katanya kepada Gempak.



Sementara itu Ayda kata majlis sambutan ulang tahun kedua kelahiran anak sulungnya, Ana Nayla juga diadakan pada masa yang sama.

“Hari jadi Nayla pada 21 September jadi kami ambil kesempatan untuk sambut sekali dalam majlis yang sama. Harap dia sama-sama bergembira di hari berkenaan."

Berkongsi mengenai proses kehamilan kedua kali ini, Ayda memberitahu ia sangat berbeza dengan pengalaman hamil pertama kerana kali ini dia sangat aktif bekerja.



“Kalau dulu saya banyak terbaring dan hanya tidur waktu hamil tetapi sangat berbeza kali ini saya lebih cergas dan suka bekerja.

"Alhamdulillah, saya pun sekarang muncul dengan drama terbaru di televisyen, Bukan Cinta Sempurna sebanyak 50 episod. Terima kasih, drama ini dapat sambutan baik penonton.

"Selain itu, rezeki tawaran menyanyi pun ada termasuk menjadi duta produk juga. Syukur sangat dan saya percaya semua ini adalah rezeki anak dan keluarga," ujarnya.


Ayda juga dilihat masih boleh membuat persembahan nyanyian ketika hadir di majlis pelancaran produk terbaharu Aurawhite Beauty dan dalam masa yang sama sudah menjadi duta produk tersebut selama sembilan tahun.

Terdahulu, Nabil dan Ayda bernikah pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun yang sama iaitu 21 September. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 14-8-2023 04:25 PM
dua2 pinky2 gitu muka
Quote Hoshhi 14-8-2023 04:26 PM
Edited by Hoshhi at 14-8-2023 04:27 PM

Macam takde siapa peduli je...korang ni tak sedar sedar lagi ke takde netizen pun suka korang...kecuali fanatik fc ayda jebat yang tinggal sisa sisa baki tu je
Quote Nana_Man 14-8-2023 05:20 PM
Tak kisah pun kalau anak korang laki ke pompuan. Sapa je yg kisah…
Quote alieyrina 14-8-2023 09:53 PM
Kesah pulak aku
Quote Hoola 14-8-2023 10:20 PM
mestinsatu malaya tazabar kan
melihat hasil peluh kerjasama
Quote swimswim 14-8-2023 10:26 PM
Lantak la. Asalkan tak berpeluh peluh masa announce jantina anak nanti sudah
Quote kaedahnya 14-8-2023 10:39 PM
mana gambar full depa pakai baju putih tu. aku muskil tengok legging/sluar AJ
Quote Perawankota 15-8-2023 01:35 AM
5 bulan pon tak nampak sgt
Quote immortallez 15-8-2023 01:48 AM
Ada ke org yg pedulik nk tau gender anak ke 2 korang? Apasal Aida Jebat skrg makin tak lawa
Quote sayurmayur88 15-8-2023 07:36 AM
majlis gender reveal ni mmg ada sejak dulu eh.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037682 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top