Pelakon, Idan Aedan, 19, mendedahkan sebelum ini pernah ditolak syarikat produksi hanya kerana tidak memiliki jumlah pengikut media sosial yang sedikit. Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai lumrah yang perlu dihadap anak seni.
“Ia berlaku beberapa kali atas alasan rupa dan pengikut media sosial saya yang tidak mencapai kriteria yang mereka tetapkan. “Saya tak ambil serius perkara itu kerana saya faham mereka telah tetapkan pilihan,” katanya ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran drama Hawt Fellas di Cyberjaya, dekat sini. Pelakon filem Harum Malam itu juga mengakui sukar bersaing apabila wujud stesen televisyen (TV) atau syarikat produksi yang meletakkan standard tertentu terhadap rupa paras pelakon. “Setiap stesen TV ada standard rupa paras pelakon yang mereka tetapkan. Tapi, saya tidak perlu menurutinya walaupun sukar bersaing gara-gara perkara itu.
“Cukup sekadar rupa dan persembahan saya menepati kriteria mereka. Saya mahu jadi diri sendiri dan tak ubah apa-apa pada fizikal saya,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
Orangkaya99 replied at 14-8-2023 04:46 PM
mcm barkoba muke
ADVERTISEMENT