Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mencabar kemampuannya dengan melakonkan sendiri babak pertarungan tanpa menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri. Pemilik nama lengkap, Sharifah Marian Syed Abdullah Al Hadad, 38, itu juga menukar penampilannya untuk tampil berbeza demi menjayakan wataknya menerusi drama B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit.
"Saya dah dapat maklumat mengenai watak saya dalam drama ini sudah lama, saya teruja sebab nak lakonkan watak spy yang tak pernah dibuat sebelum ini. "Jadi saya cari rambut untuk watak ini sampai terlupa saya kena buat aksi bertarung sehinggalah sesi membaca skrip. "Waktu itu memang terkejut tapi saya rasa itu antara menariknya lakonan saya kali ini. "Semua aksi dalam drama ini saya lakonkan sendiri sebabnya tak jumpa pelakon lagak ngeri yang sama saiz dengan saya," katanya kepada mStar.
Berkongsi lebih lanjut, Sherry memberitahu dia menggunakan rambut palsu sepanjang menjalani penggambaran drama berkenaan. Katanya, rambut tersebut bersesuaian dengan wataknya sebagai seorang perisik. "Saya setiap kali dapat skrip dah ada bayangan untuk watak itu... nak potong rambut tak boleh sebab saya pengacara jadi rambut kena panjang. "Salah satu cara yang selamat dengan menggunakan rambut palsu. Alhamdulillah tidak tercabut. "Bagi saya rambut ini okay untuk saya sebab saya ini jenis berpeluh dan watak lari-lari tak sesuai rambut panjang bagi saya," katanya lagi. Selain membawa watak aksi, Sherry juga menyelitkan aksi gatal dalam drama berkenaan. Jelas Sherry, watak tersebut sangat menjadi apabila digandingkan bersama Kamal Adli yang sentiasa bersedia untuk membantunya. "Saya ini sangat yakin bila di atas pentas atau di mana-mana medium tapi bila dengan lelaki saya ini pemalu. "Tapi bila saya fikir saya berlakon... jadi saya boleh jadi apa-apa sahaja. Saya sangat bersyukur bila digandingkan dengan Kamal Adli yang banyak membantu," katanya. Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|