CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bandi Tetap Teruskan Imej Bertopeng Walau Dituduh Gila

13-8-2023 07:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2918| Komen: 17

Sudah 25 tahun membawakan imej bertopeng namun vokalis kumpulan Amuk, Bandi masih belum mahu meninggalkan imejnya.

Pemilik nama sebenar, Nasabandi Jumat itu menegaskan, topeng yang dipakai bukan sekadar imej tetapi juga dianggap sebagai perjuangan.



"Sebenarnya, bukan mudah untuk saya perjuangkan imej ini. Pelbagai tohmahan diterima termasuk dianggap gila dan tidak siuman ketika tampil dengan imej bertopeng pada awal kemunculan dahulu.

"Topeng ini sudah sebati dengan saya dan masyarakat juga mengenali Bandi dengan imej bertopeng.

"Saya ikhlas perjuangkan sejak dahulu lagi. Bukan apa, saya suka dan mahu tampil berbeza. Alhamdulillah, selepas lebih dua dekad, saya masih diterima," katanya kepada BH Online.

Bandi menegaskan, dia tidak akan sesekali menanggalkan topeng ketika menjayakan persembahan termasuk meletakkan syarat sekiranya mahu dirinya terbabit dalam apa sahaja penggambaran.


"Dalam lakonan, saya memang letakkan syarat iaitu mesti pakai topeng walau apa sahaja watak diberikan.

"Saya pentingkan perkara ini dan tak mahu ubah apa-apa. Rugi saya buka topeng kerana wang ringgit.

"Bagaimanapun, saya lega semua watak yang dilakonkan tidak perlu membuka topeng," katanya ditemui pada sidang media Konsert Semangat Zaman Ulang Tahun Ke-20, baru-baru ini.

Sebelum ini, Bandi pernah menyuarakan hasrat membuka topeng sekiranya berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Bagaimanapun, Bandi terpaksa melupakannya apabila tersingkir pada minggu ketujuh GV8.

Terbaharu, Bandi bersama tujuh penyanyi rock iaitu Datuk Nash daripada kumpulan Lefthanded, Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), Muss (May) akan menjayakan Konsert Semangat Zaman Ulang Tahun Ke-20 yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan.

Konsert berskala besar itu bertujuan mengimbau nostalgia album Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004, dengan menampilkan nama-nama besar rockers tanah air.

Ia juga meraikan ulang tahun ke-20 album kompilasi Semangat Zaman (2004) dan Semangat Zaman 2 (2005) yang diterbitkan komposer LY selepas menerima sambutan positif peminat.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 13-8-2023 07:34 PM
Pakai mask la bang..
Quote Mekgadis16 13-8-2023 07:50 PM
“Sudah 25 tahun membawakan imej bertudung namun vokalis kumpulan Amuk, Bandi masih belum mahu meninggalkan imej bertopengnya.”

Sejak bila dia bertudung?
Quote Lily_Elizabeth_ 13-8-2023 09:42 PM
jalfa replied at 13-8-2023 07:34 PM
Pakai mask la bang..

Ada sesetengah orang pemakaian alat bantuan like cermin mata, niqab, mask, eyeshadow, moustache, dan lain.lain mmg membantu ketrampilan muka plain basic below par muka average muka orang tak pandang lagi for a second glance sebab terlalu biasa.

Asbab atas ini sesuai metaphor for OKG. hihi.

Elok lah pakai...
Quote Perawankota 13-8-2023 10:36 PM
Bertudung hapo
Quote cakarputih 13-8-2023 11:27 PM
saya kira topeng ini merupakan jati diri Tuan Bandi, biarlah tetap seperti itu sampai dia bosan dan melepas topeng
Quote OshinDaSolja 14-8-2023 12:19 AM
setiap insan ada identity tersendiri...maka identity beliau adalah seperti itu...maka kita hormat je lah... janji dia tak kcau kita sudah...
Quote cha-cha 14-8-2023 12:35 AM
Kenapa bandi tak nyanyi lagu2 band lama heols? Kenapa bandi?
Quote aldinaa 14-8-2023 12:53 AM
Tak kisah pun dia nak teruskan sbb orang tau je muka dia.
Quote Rotipitadaging 14-8-2023 01:10 AM
Siot la.
.betul kata forummer muka mcm ex pak jeri plak
Quote immortallez 14-8-2023 01:56 AM
Baik bungkus terus muka mcm Jah. Pakai topeng pun org dh tau muka kau mcm mana la Pak cik
Quote Kurex 14-8-2023 02:40 AM
Bertopeng je la.. iras elie amuk je pun
Quote Mulotkoyak 14-8-2023 07:26 AM
Terus ke komen tgk pasal bandi amok mula bertudung apa plak…????????????????
Quote xtravaganza 14-8-2023 07:32 AM
Bertudung plak…topeng la topengggg

Quote rbmy 14-8-2023 07:54 AM
nak masuk GV ke.. ke dh penah masuk?
Quote Burong_Hantuk 14-8-2023 08:24 AM
Quote slyfynx 14-8-2023 08:27 AM
Sudah 25 tahun membawakan imej bertudung namun vokalis kumpulan Amuk, Bandi masih belum mahu meninggalkan imej bertopengnya.


Nape x berpurdah terus?
Quote bbasir 14-8-2023 09:24 AM
adik beradik elie suriati ka dia ni?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036639 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top