Personaliti media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan netizen berhubung jantina sebenarnya meskipun jelas dia adalah seorang lelaki. Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, tidak hanya itu, dia turut mendapat pertanyaan nakal sama ada memakai telekung atau berkain pelikat ketika mendirikan solat.
Terpanggil menjawab pertanyaan tidak berasas itu, Mimi membuktikan dirinya masih seorang lelaki walaupun perwatakannya lembut. "Hello guys, kali ini saya mahu menjawab pertanyaan netizen yang sering bertanya sama ada Mimi Peri ini lelaki atau perempuan. "Ada juga yang bertanya saya kalau mendirikan solat pakai telekung atau kain pelikat. "Saya adalah lelaki lembut dan jika beribadah saya masih memakai kain pelikat dan pakaian lelaki," katanya. Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.
Menerusi perkongsian video itu, Mimi turut berkongsi perjalanan menunaikan solat Jumaat dan mengimbau memori sewaktu kecil bersama rakan-rakannya ke masjid.
|
ADVERTISEMENT