CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Afgan Dedah Tabiat Berjalan Dalam Tidur Sejak Tinggal Bersendirian, Bangun Tidur Sedang Peluk Vakum

12-8-2023 09:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2856| Komen: 5

Description: Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendedahkan dia mempunyai tabiat berjalan dalam tidur sejak tinggal bersendirian.Detikhot melaporkan, Afgansyah Reza, 34, berkata, dia bukan hanya berjalan dalam tid ...
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendedahkan dia mempunyai tabiat berjalan dalam tidur sejak tinggal bersendirian.

Detikhot melaporkan, Afgansyah Reza, 34, berkata, dia bukan hanya berjalan dalam tidur tetapi pernah ke dapur untuk makan dan mengemas rumah.



"Setiap hari saya akan bangun sekitar pukul 3 pagi dan tidur dalam keadaan 70 peratus... buka peti sejuk, ambil makanan dan makan.

"Kemudian saya akan tidur semula," katanya seperti dilaporkan Detikhot.

Tidak hanya itu, dia juga memberitahu pernah tidur bersama vakum di atas katilnya selepas membersihkan rumah dalam keadaan mamai.

"Ada juga yang teruk, saya bangun tidur dan terkejut lihat ada vakum di atas katil saya," kongsinya.

Kata Afgan, tabiat pelik itu mula berlaku ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

Bagaimanapun kata penyanyi terkenal Indonesia itu, dia belum ada perancangan untuk menjalani pemeriksaan lanjut memandangkan ia tidak mendatangkan mudarat buat dirinya.


"Sejak pandemik Covid-19, saya mula tinggal seorang diri di apartment saya. Jadi hampir setiap malam saya akan berjalan dalam tidur.

"Tapi selagi tidak bahaya saya rasa tidak mengapa," luahnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote .N.A. 12-8-2023 02:49 PM
RR x temankan ker
Quote Sunkiss8999 12-8-2023 05:01 PM
.N.A.: RR x temankan ker


RR sape..rizman ruzaini ke [em:3:]
Quote meowww05 13-8-2023 12:11 PM
Dia ni betulkah dgn Oca tu??
Quote .N.A. 13-8-2023 10:14 PM
Sunkiss8999 replied at 12-8-2023 05:01 PM
RR sape..rizman ruzaini ke [em:3:]

Jauh oooo klo rizman ruzaini nk p sana temankan.  Hehehehhe
Quote sayurmayur88 15-8-2023 07:38 AM
muka helok, duit banyak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.174353 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top