CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3868|Reply: 3

Masih Ada Netizen Yang Keliru Jantina Mimi Peri

[Copy link]
Post time 12-8-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Personaliti media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan netizen berhubung jantina sebenarnya meskipun jelas dia adalah seorang lelaki.


Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, tidak hanya itu, dia turut mendapat pertanyaan nakal sama ada memakai telekung atau berkain pelikat ketika mendirikan solat.






Terpanggil menjawab pertanyaan tidak berasas itu, Mimi membuktikan dirinya masih seorang lelaki walaupun perwatakannya lembut.


"Hello guys, kali ini saya mahu menjawab pertanyaan netizen yang sering bertanya sama ada Mimi Peri ini lelaki atau perempuan.


"Ada juga yang bertanya saya kalau mendirikan solat pakai telekung atau kain pelikat.


"Saya adalah lelaki lembut dan jika beribadah saya masih memakai kain pelikat dan pakaian lelaki," katanya.


Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.


Menerusi perkongsian video itu, Mimi turut berkongsi perjalanan menunaikan solat Jumaat dan mengimbau memori sewaktu kecil bersama rakan-rakannya ke masjid.


  



Kata Mimi, dia merindui saat bermain bersama rakan-rakan dan menunjukkan ruang sekeliling masjid tersebut.


"Inilah masjid yang menjadi tempat permainan saya sewaktu kecil... Bermain bersama kawan-kawan, cari ilmu bersama mereka.


"Rindu sangat memori itu, suasananya juga sudah jauh berbeza. Saya masih ingat lagi kenangan bersama kawan-kawan sewaktu kecil.


"Sekarang kamu (netizen) sudah tahu bukan, kalau saya lelaki atau perempuan," ujarnya.


Dalam pada itu, Mimi turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Datin Almy Nadia kerana menghadiahkannya sepersalinan pakaian untuk menunaikan solat.


  



"Terima kasih Datin Almy kerana menghadiahkan baju buat saya mendirikan solat.


"Alhamdulillah, jangan lupa solat Jumaat ya guys," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku cukup anti dgn dia ni  [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde sape pun yg keliru jantina kau.. jgn nak perasan.. sedangkah SAJAD makhluk berhalkum dan bertetek pun kami x keliru...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 10:02 AM | Show all posts
nak bagitau secara tersirat yg uolls tuh pompuan kah ? wkwkwkwkw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037603 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list