CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibrahim Kongsi Cerita Ikat Mayat Pada Muncung Bot

12-8-2023 11:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2387| Komen: 3

Pontian: Pengalaman pasukan keselamatan menjadi saksi pertempuran dengan pengganas komunis ketika zaman darurat di Sungai Rajang masih segar dalam ingatan.

Kata bekas Pegawai Waran II Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Ibrahim M. Yusof, 71, yang ketika itu ditugaskan membawa makanan kering dan peralatan ketenteraan bagi kegunaan pasukan keselamatan di situ.


GAMBAR kenangan Ibrahim M. Yusof ( bertanda bulat ) bersama anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) ketika bertugas di KD Badek pada tahun 1977 – 1978.

Jelasnya, dia bersama empat lagi rakannya, menggunakan bot LCP 5 sebelum dipintas oleh komunis.

“Ketika itu tiada jalan darat yang dapat cepatkan pergerakan anggota keselamatan sekiranya mendapat maklumat adanya pengganas komunis di sesuatu lokasi, kecuali menggunakan jalan sungai,” katanya ketika ditemui di Kampung Sawah, Pekan Nanas, di sini, baru-baru ini.


Tambah Ibrahim, peristiwa pertama yang hadapi ialah memindahkan lima mayat komunis dari Pasukan Askar Revolusi Kalimantan Utara (PAROKU) yang berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan.

“Kami menempuh perjalanan selama lima jam melalui Sungai Rajang ke Sibu untuk pengecaman keluarga, dimana mayat-mayat tersebut kami ikat di muncung hadapan bot,” ujarnya.

Tambah Ibrahim, peristiwa kedua ialah sewaktu operasi bersama 16 RAMD di Durin Konawit dan ketika hendak menambat bot, terdengar tembakan dan bom tangan di atas tebing Sungai Rajang.

Katanya, dalam keadaan panik, pihaknya melepaskan tali bot diikuti sama oleh 16 RAMD seterusnya melakukan rondaan bagi mengesan dari mana tembakan dilepaskan, mujur tiada sebarang kemalangan jiwa, samada pasukan keselamatan dan PAROKU.

Ujar Ibrahim, peristiwa lain ialah berjaya menangkap seorang PAROKU berusia 60 tahun yang didapati membawa risalah berkaitan komunis serta senjata api dengan membawanya ke Kuching.

“Semua detik hitam itu masih kekal dalam ingatan apabila mengenangkan Sungai Rajang yang dikeliling hutan tebal dan sunyi pada waktu malam, namun terpaksa kami lalui demi negara,” jelasnya yang mempunyai lima orang cahaya mata.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 12-8-2023 11:12 AM
Ujong2 pengorbanan pejuang tanah ayer kita yg sanggup bermati-matian untuk pertahankan negara diperlekehkan apabila ada puak2 celaka duk sokong dan angkat komunih sebagai hero katanyeh. Bendera negara pong tak reti nak hormat siap buat terbalik dan tukar hitam putih, nak suh hormat pejuang kita jauh panggang dari api. Dasar tak sedor dirik!


Kalau duk kat negara Priskiess sana tuh dah lama kena ganyang kena bako kena halau mcm hanjeng kurap!
Quote pengecatbintang 12-8-2023 01:38 PM
Muncul plak citer2 Gini masa PRN

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.026663 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top