JAKARTA – Seorang gadis bawah umur di Indonesia dipukul oleh sekumpulan lelaki. Suara.com melaporkan, berdasarkan klip video dalam akaun Instagram @radar_cianjur, mangsa bukan sahaja dikasari, malah kepalanya digilis menggunakan motosikal yang dipandu laju pada 4 Ogos lalu.
“Tindakan ganas dilakukan oleh geng lelaki bermotosikal kembali berlaku di Sukabumi, Jawa Barat. Sekumpulan remaja menganiaya seorang gadis,” demikian menurut kapsyen video tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Citamiang, Iwan Hendi Sutisna berkata, pihaknya telah menangkap suspek yang terlibat dalam serangan terhadap seorang gadis dari Benteng Warudoyong. Menurut Iwan, suspek melakukan serangan tersebut bersama lapan lagi rakannya manakala perbuatan itu didorong oleh rasa cemburu terhadap mangsa. “Suspek menjalani soal siasat di Ibu Pejabat Polis Citamiang,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT