CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Kes Rogol

10-8-2023 07:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8145| Komen: 7

Kuala Langat: Lima lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki terbabit kes rogol berkumpulan membabitkan remaja perempuan berusia 15 tahun, di Telok Panglima Garang, Banting pada 29 Julai lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun ditahan di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang antara jam 6.30 petang hingga 9.50 malam pada 1 Ogos lalu.


Katanya, terdahulu polis menerima laporan dari mangsa mendakwa dirogol lima lelaki di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, kira-kira jam 2 pagi.

"Difahamkan, sebelum kejadian, sepupu mangsa meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah di Klang dari Telok Panglima Garang.

"Bagaimanapun, mangsa dibawa ke tempat lain iaitu rumah seorang daripada suspek dan remaja itu dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang.


"Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki termasuk dua remaja berusia 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah di sekitar kawasan Klang dan Telok Panglima Garang, Banting.

"Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 11-8-2023 12:17 AM
Engko terajang kan sekali sepupu mangsa tu! Sesuka mak nenek atuk engko je, suruh kawan engko yg tah siapa2, anto budak bawah umur balik time2 gitu. Yihhhh, bebudak ni semua, pukul 2am buat apa gamaknya dkt luor???
Quote BoongaKertas 11-8-2023 07:44 AM
bodo punya sepupu. yih! ni boleh putus sedara dah jd kes mcm gini.
Quote elzy 11-8-2023 08:15 AM
Seram baca.. Apalah aqidah budak2 skrg..
Quote Sazreena 11-8-2023 03:57 PM
...kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun...

15 tahun pun nak menutuh. Nikmat seketika...bala datang bertimpa.
Quote hotmak 11-8-2023 05:40 PM
pukul 2pagi, anak dara, budak sekolah, tak duduk rumah, buat apa kat luar tu, takutnya lah skrg ni

kita dulu2 sebelum maghrib dah kena ada kat rumah, klu sek petang, berkejar balik, takut kena marah balik lambat
Quote chiyoasuka 12-8-2023 02:01 AM
uishhhh. bahaya nya bdk2 zaman skg ni!!!!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.031732 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top