View: 8034|Reply: 6
|
Lima Lelaki Termasuk Dua Pelajar Ditahan Kes Rogol
[Copy link]
|
|
Kuala Langat: Lima lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki terbabit kes rogol berkumpulan membabitkan remaja perempuan berusia 15 tahun, di Telok Panglima Garang, Banting pada 29 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun ditahan di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang antara jam 6.30 petang hingga 9.50 malam pada 1 Ogos lalu.
Katanya, terdahulu polis menerima laporan dari mangsa mendakwa dirogol lima lelaki di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, kira-kira jam 2 pagi.
"Difahamkan, sebelum kejadian, sepupu mangsa meminta bantuan rakannya untuk menghantar mangsa pulang ke rumah di Klang dari Telok Panglima Garang.
"Bagaimanapun, mangsa dibawa ke tempat lain iaitu rumah seorang daripada suspek dan remaja itu dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang.
"Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki termasuk dua remaja berusia 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah di sekitar kawasan Klang dan Telok Panglima Garang, Banting.
"Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Engko terajang kan sekali sepupu mangsa tu! Sesuka mak nenek atuk engko je, suruh kawan engko yg tah siapa2, anto budak bawah umur balik time2 gitu. Yihhhh, bebudak ni semua, pukul 2am buat apa gamaknya dkt luor??? |
|
|
|
|
|
|
|
bodo punya sepupu. yih! ni boleh putus sedara dah jd kes mcm gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram baca.. Apalah aqidah budak2 skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
...kesemua suspek berusia 15 hingga 23 tahun...
15 tahun pun nak menutuh. Nikmat seketika...bala datang bertimpa. |
|
|
|
|
|
|
|
pukul 2pagi, anak dara, budak sekolah, tak duduk rumah, buat apa kat luar tu, takutnya lah skrg ni
kita dulu2 sebelum maghrib dah kena ada kat rumah, klu sek petang, berkejar balik, takut kena marah balik lambat |
|
|
|
|
|
|
|
uishhhh. bahaya nya bdk2 zaman skg ni!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|