CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunyi Hon Panjang Gagal Selamatkan Pemandu Pikap

10-8-2023 06:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8828| Komen: 15

Sik: Seorang pemandu lori sempat membunyikan hon panjang sebaik melihat sebuah pikap Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki memasuki laluan bertentangan di Jalan Kampung Sungai Semiar, hari ini.


Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila kedua-dua kenderaan itu berlanggar menyebabkan pemandu pikap itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

LORI membawa muatan batu yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Sungai Semiar. FOTO Ihsan PDRM.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku jam 12.15 tengah hari tadi membabitkan dua kenderaan itu dari arah bertentangan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan batu yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dari kuari Kampung Semiar menghala ke Aman Jaya, Sungai Petani.


"Kenderaan pikap yang dipandu pekerja ladang, Mohd Hisyam Abdul Malek, 32, pula dari arah bertentangan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori itu melihat pemandu pikap itu masuk jalan bertentangan menyebabkan dia membunyikan hon panjang sambil membrek.

"Pemandu lori itu juga cuba mengelak ke kiri bahu jalan tetapi berlanggar juga di bahagian hadapan sebelah kanan pikap berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdull Razak berkata, akibat perlanggaran itu, lori terbabit yang mengelak ke kiri jalan dipercayai terbalik di dalam cerun dan kenderaan pikap itu pula terlanggar sebatang pokok di sebelah kanan.

Beliau berkata, mayat pemandu pikap itu kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

"Pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 10-8-2023 07:22 PM
Edited by mojarean_X at 10-8-2023 07:24 PM

innalillahiwainnalillahirajiun ...  
Quote noor2 10-8-2023 09:01 PM
Nasibla ko langgar lori..kalau ko hentam kereta mmg maut satu kereta bertembung dgn pikap
Quote Supersirap 10-8-2023 09:26 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote nw111 10-8-2023 09:30 PM
noor2 replied at 10-8-2023 09:01 PM
Nasibla ko langgar lori..kalau ko hentam kereta mmg maut satu kereta bertembung dgn pikap

Selalu dgr org lain mati kena hentam dgn hilux..

Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote shernazz 10-8-2023 10:54 PM
Turn Hilux kalah plak
Quote Carcosa 11-8-2023 12:25 AM
Selalu kenderaan lain kena mengelak kan, kalau Hilux menuju ke arah depan kita?
So? Kali ni, maybe dia terlupa, lori bwk batu bukanlah seperti kenderaan2 lain. Nak harapkan lori tu mengelak mcm kereta2 biasa kena, lambertttttt lagi lah kan. So so so? Meols agak sukar nak kesiankan.
Takpelah, dah ramai yg kesiankan dia.
Quote JunkMail 11-8-2023 12:30 AM
Cash je lah kot. Aku macam dah malas nak kesian dgn pemandu pikap. Drive macam nyawa ada 9
Quote MissVixen 11-8-2023 12:45 AM
Hilux ini hilang kawalan ke atau pemandu mengantuk? Nasib la bukan hentam kereta. Hilux ni pickup paling tak stabil. Kalau takde muatan berat lagi la melayang rasa. Seriau tengok hilux yang laju di highway. Handling 4x4 lain lagi ok.
Quote B40tastePosh 11-8-2023 01:16 AM
MissVixen replied at 11-8-2023 12:45 AM
Hilux ini hilang kawalan ke atau pemandu mengantuk? Nasib la bukan hentam kereta. Hilux ni pickup pa ...

Malam main ML kot..siang mengantok mengantok saya nak tido.
Quote aint 11-8-2023 04:51 AM
bak kata pepatah... buku bertemu ruas ... nasib ko la bertembung lori dan mmg sepatutnya hilux atau pickup truck di msia ni sondol lori/treller.. bkn sondol keta2
mentang2 bawa 4Xwheel,asal gerak
menyondol jer... tk kira tmpt..
Quote fazzrules 11-8-2023 07:34 AM
Aku payah sikit nak kesian kalau hailak driver ni..baru je kelmarin aku terkena dgn hailak overtake cam cibai dekat jalan lokkawi depan kem askar..memang ada sebenarnya org x layak driving..tapi pasal mampu dari segi kewangan dpt lah driving juga..padahal dari segi mental n kecekapan memandu sebenarnya ko memang palui n menyusahkan umat manusia yg lain.
Quote bottombikini 11-8-2023 07:45 AM
Edited by bottombikini at 11-8-2023 07:46 AM

akhirnya hailak jatuh ke tanah jua...
dia nak buat tegak dia walopun org dah hon

kadang2 org hon bukan saja2
kat hiway kadang2 suka suki masuk lane org
pakai dua2 lane nak kemana woi
Quote mieyrasfea 11-8-2023 08:22 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Cassieopeia 11-8-2023 11:34 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043339 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top