View: 8585|Reply: 14
|
Bunyi Hon Panjang Gagal Selamatkan Pemandu Pikap
[Copy link]
|
|
Sik: Seorang pemandu lori sempat membunyikan hon panjang sebaik melihat sebuah pikap Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki memasuki laluan bertentangan di Jalan Kampung Sungai Semiar, hari ini.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila kedua-dua kenderaan itu berlanggar menyebabkan pemandu pikap itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
LORI membawa muatan batu yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Sungai Semiar. FOTO Ihsan PDRM.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kemalangan dipercayai berlaku jam 12.15 tengah hari tadi membabitkan dua kenderaan itu dari arah bertentangan.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan batu yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dari kuari Kampung Semiar menghala ke Aman Jaya, Sungai Petani.
"Kenderaan pikap yang dipandu pekerja ladang, Mohd Hisyam Abdul Malek, 32, pula dari arah bertentangan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori itu melihat pemandu pikap itu masuk jalan bertentangan menyebabkan dia membunyikan hon panjang sambil membrek.
" emandu lori itu juga cuba mengelak ke kiri bahu jalan tetapi berlanggar juga di bahagian hadapan sebelah kanan pikap berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdull Razak berkata, akibat perlanggaran itu, lori terbabit yang mengelak ke kiri jalan dipercayai terbalik di dalam cerun dan kenderaan pikap itu pula terlanggar sebatang pokok di sebelah kanan.
Beliau berkata, mayat pemandu pikap itu kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.
" emandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 10-8-2023 07:24 PM
innalillahiwainnalillahirajiun ... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasibla ko langgar lori..kalau ko hentam kereta mmg maut satu kereta bertembung dgn pikap |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-8-2023 09:01 PM
Nasibla ko langgar lori..kalau ko hentam kereta mmg maut satu kereta bertembung dgn pikap
Selalu dgr org lain mati kena hentam dgn hilux..
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kenderaan lain kena mengelak kan, kalau Hilux menuju ke arah depan kita?
So? Kali ni, maybe dia terlupa, lori bwk batu bukanlah seperti kenderaan2 lain. Nak harapkan lori tu mengelak mcm kereta2 biasa kena, lambertttttt lagi lah kan. So so so? Meols agak sukar nak kesiankan.
Takpelah, dah ramai yg kesiankan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Cash je lah kot. Aku macam dah malas nak kesian dgn pemandu pikap. Drive macam nyawa ada 9 |
|
|
|
|
|
|
|
Hilux ini hilang kawalan ke atau pemandu mengantuk? Nasib la bukan hentam kereta. Hilux ni pickup paling tak stabil. Kalau takde muatan berat lagi la melayang rasa. Seriau tengok hilux yang laju di highway. Handling 4x4 lain lagi ok. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 11-8-2023 12:45 AM
Hilux ini hilang kawalan ke atau pemandu mengantuk? Nasib la bukan hentam kereta. Hilux ni pickup pa ...
Malam main ML kot..siang mengantok mengantok saya nak tido.
|
|
|
|
|
|
|
|
bak kata pepatah... buku bertemu ruas ... nasib ko la bertembung lori dan mmg sepatutnya hilux atau pickup truck di msia ni sondol lori/treller.. bkn sondol keta2
mentang2 bawa 4Xwheel,asal gerak
menyondol jer... tk kira tmpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku payah sikit nak kesian kalau hailak driver ni..baru je kelmarin aku terkena dgn hailak overtake cam cibai dekat jalan lokkawi depan kem askar..memang ada sebenarnya org x layak driving..tapi pasal mampu dari segi kewangan dpt lah driving juga..padahal dari segi mental n kecekapan memandu sebenarnya ko memang palui n menyusahkan umat manusia yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 11-8-2023 07:46 AM
akhirnya hailak jatuh ke tanah jua...
dia nak buat tegak dia walopun org dah hon
kadang2 org hon bukan saja2
kat hiway kadang2 suka suki masuk lane org
pakai dua2 lane nak kemana woi |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|