Kuala Lumpur: Kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis Mona Din, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Saman itu membabitkan beberapa hantaran berbaur fitnah oleh Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din di akaun Facebook miliknya berhubung isu pemenjaraan bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian. "Defendan (Che Muna) akan menarik balik hantaran berkenaan dan memuat naik permohonan maaf di Facebooknya," kata peguam itu ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Azian Othman. Menurut Akberdin, mahkamah turut melapangkan tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos ini.
Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili Che Muna berkata pihak-pihak mencapai penyelesaian dan anak guamnya tidak akan membuat lagi hantaran berkaitan SM Faisal membabitkan isu berkenaan. Dalam saman difailkan pada 17 Ogos 2022, SM Faisal selaku plaintif mendakwa defendan memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya, Mona Din antara 29 Jun hingga 20 Julai 2022. Dakwa plaintif, hantaran tersebut antara lain menggambarkan beliau adalah seorang yang kejam, tidak bertimbang rasa dan menyebabkan trauma kepada bekas isterinya selain didakwa menggunakan wang serta pangkatnya untuk memanipulasi sistem keadilan di negara ini. Sementara itu, Che Muna dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept 2022, mendakwa hantaran berkenaan merupakan komen adil dan berpatutan kerana isu tersebut berkepentingan awam. Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya untuk bersama bapa mereka, SM Faisal. Sebelum ini, penyelesaian sama turut dicapai dalam kes saman SM Faisal terhadap Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah sama pada 4 Ogos lalu. Sumber: Harian Metro |
zuriey replied at 10-8-2023 06:54 PM
Emilia ni minta tlg cap n mona din
Lps tu depa pula kena saman
Mmg suwei kot
Carcosa replied at 11-8-2023 01:07 AM
Weiiiii. Datok Akberdin punya case, byk settled dah weiii.
Case si sofa merah, case DD, case si Apiz ...
zuriey replied at 10-8-2023 06:54 PM
Emilia ni minta tlg cap n mona din
Lps tu depa pula kena saman
Mmg suwei kot
Suchi replied at 10-8-2023 10:46 PM
Mesti lepas ni dorang trauma nak melayan dah
Baik tolong budak2 teraniaya jer
lasagna replied at 11-8-2023 08:16 AM
case cap pun settle dah ke?
tp kenapa laa emilia pegi saman cap tu, rse mcm haiyooo.
rse cap create ...
Themilo replied at 11-8-2023 08:12 AM
Weols dulu follow juga acik mona ni di FB, tapi dia ni sejenis terpaling betul jaaa.. lama-lama , un ...
ayukpingu replied at 11-8-2023 08:24 AM
mona din siap invite emilia ni makan kat rumah bagaii treat as friend la, close friend la, ...huju ...
brown_pupil replied at 11-8-2023 01:49 AM
Bagai lepas anjing tersepit kan..
Org2 tu tolong nak dapatkan justice for her, last2 dia buat tai ...
zuriey replied at 11-8-2023 09:38 AM
Faisal yg saman cap & mona din kan
Bkn emilia..emilia cuci tangan dah..
Yg dua org tu pula jadi ma ...
ayukpingu replied at 11-8-2023 09:55 AM
bukan main meratap buat business kecil kecilan demi sesuap nasi masa jadi mangsa dahulu.agak kesia ...
ADVERTISEMENT