CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8519|Reply: 26

Kes Saman Sm Faisal Terhadap Mona Din Selesai

[Copy link]
Post time 10-8-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis Mona Din, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Saman itu membabitkan beberapa hantaran berbaur fitnah oleh Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din di akaun Facebook miliknya berhubung isu pemenjaraan bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.


SM Faisal. FOTO Arkib BERNAMA





Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian.


"Defendan (Che Muna) akan menarik balik hantaran berkenaan dan memuat naik permohonan maaf di Facebooknya," kata peguam itu ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Azian Othman.


Menurut Akberdin, mahkamah turut melapangkan tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos ini.


Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili Che Muna berkata pihak-pihak mencapai penyelesaian dan anak guamnya tidak akan membuat lagi hantaran berkaitan SM Faisal membabitkan isu berkenaan.


Dalam saman difailkan pada 17 Ogos 2022, SM Faisal selaku plaintif mendakwa defendan memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya, Mona Din antara 29 Jun hingga 20 Julai 2022.


Dakwa plaintif, hantaran tersebut antara lain menggambarkan beliau adalah seorang yang kejam, tidak bertimbang rasa dan menyebabkan trauma kepada bekas isterinya selain didakwa menggunakan wang serta pangkatnya untuk memanipulasi sistem keadilan di negara ini.


Sementara itu, Che Muna dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept 2022, mendakwa hantaran berkenaan merupakan komen adil dan berpatutan kerana isu tersebut berkepentingan awam.


Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya untuk bersama bapa mereka, SM Faisal.


Sebelum ini, penyelesaian sama turut dicapai dalam kes saman SM Faisal terhadap Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah sama pada 4 Ogos lalu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 06:19 PM | Show all posts
Yg penting diselesaikan secara baik..gituew.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain dh red sofa skrg.. nk tenang-tenang je ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Peguam Datuk Akberdin dpt handle ramai ank guam utk selesai kes cara baik.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaah semua kes dgn faisal ni, caprice n now mona ni pulak semua berakhir baik2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Emilia ni minta tlg cap n mona din
Lps tu depa pula kena saman
Mmg suwei kot
Mujur boleh setel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Weiiiii. Datok Akberdin punya case, byk settled dah weiii.
Case si sofa merah, case DD, case si Apiz duda minah annoying, case Sarah Sol.
Hebat wehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
moral of the story, jgn nyibuk urusan rumahtangga org.. walopun rumah dh roboh, tangga dh patah... jgn sesekali cari masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 10-8-2023 06:54 PM
Emilia ni minta tlg cap n mona din
Lps tu depa pula kena saman
Mmg suwei kot

Mesti lepas ni dorang trauma nak melayan dah
Baik tolong budak2 teraniaya jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 11-8-2023 01:07 AM
Weiiiii. Datok Akberdin punya case, byk settled dah weiii.
Case si sofa merah, case DD, case si Apiz ...

Masyuk dia tahun ni, job pun bersusun je kan lepas satu2 tak sempat nk rest pun
Gitulaaah nak kaya kena rajin keroje
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:12 AM | Show all posts
Weols dulu follow juga acik mona ni di FB, tapi dia ni sejenis terpaling betul jaaa.. lama-lama , unfollow jaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:16 AM | Show all posts
zuriey replied at 10-8-2023 06:54 PM
Emilia ni minta tlg cap n mona din
Lps tu depa pula kena saman
Mmg suwei kot

case cap pun settle dah ke?
tp kenapa laa emilia pegi saman cap tu, rse mcm haiyooo.
rse cap create awareness jer msa tu. eh ntah la.
pdhal emilia dah dpt bhgian dia kot dgn ex.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:21 AM | Show all posts
aku rasa niat diaorg ni mmg nak tolong pada yang teraniya...tapi pada saat akhir yg teraniya tu settle tepi dgn bekas lelaki. pastu missing in action. acemaner tu?
kesian yang dah tolong bantu, canang dlm social media apa sume..ni bukan sibuk pasal rumah tangga org tapi kalau dah kes sampai lebam2 tu dh jadi kes jenayah.
apa2 pun pengajaran la eh, lepas ni nak tolong mangsa, cari yang tak buat U-turn saat akhir
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:24 AM | Show all posts
Suchi replied at 10-8-2023 10:46 PM
Mesti lepas ni dorang trauma nak melayan dah
Baik tolong budak2 teraniaya jer

mona din siap invite emilia ni makan kat rumah bagaii treat as friend la, close friend la, ...hujung2 kena saman
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 11-8-2023 08:16 AM
case cap pun settle dah ke?
tp kenapa laa emilia pegi saman cap tu, rse mcm haiyooo.
rse cap create ...

Faisal yg saman cap & mona din kan
Bkn emilia..emilia cuci tangan dah..
Yg dua org tu pula jadi mangsa saman
Mujur boleh setel tepi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 11-8-2023 08:12 AM
Weols dulu follow juga acik mona ni di FB, tapi dia ni sejenis terpaling betul jaaa.. lama-lama , un ...

terpaling tahajud juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 09:49 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 11-8-2023 08:24 AM
mona din siap invite emilia ni makan kat rumah bagaii treat as friend la, close friend la, ...huju ...

Bagai lepas anjing tersepit kan..

Org2 tu tolong nak dapatkan justice for her, last2 dia buat taik. Dah dapat duit, terus senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 09:55 AM | Show all posts
brown_pupil replied at 11-8-2023 01:49 AM
Bagai lepas anjing tersepit kan..

Org2 tu tolong nak dapatkan justice for her, last2 dia buat tai ...

bukan main meratap buat business kecil kecilan demi sesuap nasi masa jadi mangsa dahulu.agak kesian baca kisah dia dulu. jumpa anak2 pun payah.

mana janji2 nak bawa ex hub ke muka pengadilan bagai?kahkahkah...dah tabur dgn duit, mata pon dah jadi rabun.still, money is the King. sepak terajang dah tak peduli lagi biar jatuh maruah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 10:04 AM | Show all posts
zuriey replied at 11-8-2023 09:38 AM
Faisal yg saman cap & mona din kan
Bkn emilia..emilia cuci tangan dah..
Yg dua org tu pula jadi ma ...

ooooo si pejal yg saman... haaa igt emilia.
ok nasib dah settle.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 10:07 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 11-8-2023 09:55 AM
bukan main meratap buat business kecil kecilan demi sesuap nasi masa jadi mangsa dahulu.agak kesia ...

payah dia nk heret ex laki yg level T60 gini. bkn lawan dia.
dah dpt habuan senyap, or else habis laa dia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.624416 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list