CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan 'Terkena' Penyamar Bomba Tempah Makanan

7-8-2023 02:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1813| Komen: 4

Tanjong Karang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengingatkan orang ramai terutama peniaga makanan supaya berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai anggota bomba.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya difahamkan ramai peniaga sudah 'terkena' dengan taktik individu itu.


Individu bernama 'Azriel' itu didakwa memesan makanan daripada peniaga untuk aktiviti dan kursus di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, sebelum modus operandinya tular di laman sosial.

"Dia menggunakan nama dan gambar pegawai kami yang bertugas di BBP Tanjong Karang untuk menipu (dengan menempah makanan).

"Untuk makluman, tiada sebarang aktiviti atau kursus di BBP Tanjong Karang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, pihaknya turut dimaklumkan peniaga yang terbabit mengalami kerugian dengan modus operandi "Order makanan sebanyak 180 pax selama tiga hari".


"Pemilik nombor telefon itu turut menggunakan 'icon profile' gambar pasukan BBP Tanjong Karang. Semalam, kami mendapat maklumat ini daripada orang awam yang menjadi mangsa," katanya.

Susulan kejadian itu, Wan Md Razali berkata, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Tanjong Karang.

"Anggota bomba yang namanya disalahguna individu tidak bertanggungjawab itu memaklumkan beliau tidak menggunakan nombor telefon seperti tular di laman sosial," katanya.


Sumber: Harian Metro









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 7-8-2023 02:40 PM
Takde kerja la nak aniaya orang je...
Quote _blackbird 7-8-2023 02:43 PM
pastu sendiri tertanya2 kenapa buat benda semua tak jadi, hidup tak happy, hidup asik malang je
Quote brego 7-8-2023 04:03 PM
Edited by brego at 7-8-2023 04:04 PM

scammer sudah tunggang bomba la pulok,
sebelum ni tunggang askar

MO yang sama, order makanan banyak2,
lepas tu minta supply barang lain,
minta bank in duit utk beli barang tu,
lepas dapat duit, dia pun ghaib.
order makanan dia tak bayar pong

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.093124 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top