View: 1761|Reply: 3
|
Jangan 'Terkena' Penyamar Bomba Tempah Makanan
[Copy link]
|
|
Tanjong Karang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengingatkan orang ramai terutama peniaga makanan supaya berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai anggota bomba.
Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya difahamkan ramai peniaga sudah 'terkena' dengan taktik individu itu.
Individu bernama 'Azriel' itu didakwa memesan makanan daripada peniaga untuk aktiviti dan kursus di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, sebelum modus operandinya tular di laman sosial.
"Dia menggunakan nama dan gambar pegawai kami yang bertugas di BBP Tanjong Karang untuk menipu (dengan menempah makanan).
"Untuk makluman, tiada sebarang aktiviti atau kursus di BBP Tanjong Karang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Wan Md Razali berkata, pihaknya turut dimaklumkan peniaga yang terbabit mengalami kerugian dengan modus operandi "Order makanan sebanyak 180 pax selama tiga hari".
" emilik nombor telefon itu turut menggunakan 'icon profile' gambar pasukan BBP Tanjong Karang. Semalam, kami mendapat maklumat ini daripada orang awam yang menjadi mangsa," katanya.
Susulan kejadian itu, Wan Md Razali berkata, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Tanjong Karang.
"Anggota bomba yang namanya disalahguna individu tidak bertanggungjawab itu memaklumkan beliau tidak menggunakan nombor telefon seperti tular di laman sosial," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Takde kerja la nak aniaya orang je... |
|
|
|
|
|
|
|
pastu sendiri tertanya2 kenapa buat benda semua tak jadi, hidup tak happy, hidup asik malang je  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 7-8-2023 04:04 PM
scammer sudah tunggang bomba la pulok,
sebelum ni tunggang askar
MO yang sama, order makanan banyak2,
lepas tu minta supply barang lain,
minta bank in duit utk beli barang tu,
lepas dapat duit, dia pun ghaib.
order makanan dia tak bayar pong
|
|
|
|
|
|
|
| |
|