Di abad ke-21 ini masih ada wanita tidak mempercayai perubatan moden dan sanggup bergadai nyawa melahirkan anak di rumah dengan hanya mempelajari kaedah bersalin melalui YouTube. Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang taasub dengan perubatan tradisional, rela berubat dengan bomoh atau pawang bagi memulihkan kesihatan selepas melahirkan zuriat berbanding rawatan susulan di hospital.
Seorang wanita dikenali sebagai Nur Asiah, 40-an, berkata, dia lebih rela melahirkan dua anaknya di rumah sebelum ini berbanding di hospital kerana bimbang kelahiran bayinya disambut doktor lelaki yang akan melihat auratnya. Selain itu katanya, dia juga tidak mahu menggunakan ubat-ubatan moden yang didakwa kadangkala menjadi punca komplikasi kelahiran bayi. “Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.
“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam. Menurutnya, dia juga tidak melakukan pemeriksaan kehamilan secara berkala di klinik kerajaan, sebaliknya hanya mengunjungi klinik swasta sebanyak dua kali bagi mendapatkan rekod kesihatan ibu untuk pengesahan usia kandungan. Selain itu, katanya, rekod berkenaan bagi tujuan dokumentasi kelahiran bayi dengan pihak hospital sebelum proses pendaftaran anak dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. “Saya juga tidak mengambil sebarang vaksinasi bagi anak-anak termasuklah yang baharu dilahirkan kerana bimbang diserang pelbagai penyakit seperti ekzema,” ujarnya. Seorang lagi wanita dikenali sebagai Rosni, 40-an, yang berkelulusan ijazah sarjana muda mengakui terdapat ramai golongan sepertinya yang tidak mempercayai perubatan moden. Dia juga telah melahirkan beberapa orang anaknya sendiri di rumah dan tidak mendapatkan sebarang vaksinasi untuk mereka biarpun telah dikunjungi oleh petugas kesihatan. “Suami saya seorang jurutera pun tidak menghalang keputusan ini, bahkan turut sama-sama membantu di saat-saat saya melahirkan anak di rumah,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
“Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.
“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Kitty_catz replied at 7-8-2023 01:44 PM
dah mampos belom? tak pun moga2 tak membiak la lepas ni ekk
yihhh
midori888 replied at 7-8-2023 04:30 PM
hujung2 nanti menyusahkan org lain jer...
ADVERTISEMENT