CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1475|Reply: 19

Sanggup Belajar Bersalin Di YouTube Kerana Tak Percaya Perubatan Moden, Takut Doktor Lelaki Tengok Aurat

[Copy link]
Post time 7-8-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Di abad ke-21 ini masih ada wanita tidak mempercayai perubatan moden dan sanggup bergadai nyawa melahirkan anak di rumah dengan hanya mempelajari kaedah bersalin melalui YouTube.


Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang taasub dengan perubatan tradisional, rela berubat dengan bomoh atau pawang bagi memulihkan kesihatan selepas melahirkan zuriat berbanding rawatan susulan di hospital.


Seorang wanita dikenali sebagai Nur Asiah, 40-an, berkata, dia lebih rela melahirkan dua anaknya di rumah sebelum ini berbanding di hospital kerana bimbang kelahiran bayinya di­sambut doktor lelaki yang akan melihat auratnya.




Gambar hiasan




Selain itu katanya, dia juga tidak mahu menggunakan ubat-ubatan moden yang didakwa kadangkala menjadi punca kom­plikasi kelahiran bayi.


“Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.


“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Menurutnya, dia juga tidak melakukan pemeriksaan kehamilan secara berkala di klinik kerajaan, sebaliknya hanya mengunjungi klinik swasta sebanyak dua kali bagi mendapatkan rekod kesihatan ibu untuk pengesahan usia kandungan.


Selain itu, katanya, rekod berkenaan bagi tujuan dokumentasi kelahiran bayi dengan pihak hospital sebelum proses pendaftaran anak dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara.


“Saya juga tidak mengambil sebarang vaksinasi bagi anak-anak termasuklah yang baharu dilahirkan kerana bimbang di­serang pelbagai penyakit seperti ekzema,” ujarnya.


Seorang lagi wanita dikenali sebagai Rosni, 40-an, yang berkelulusan ijazah sarjana muda mengakui terdapat ramai golongan sepertinya yang tidak mempercayai perubatan moden.


Dia juga telah melahirkan beberapa orang anaknya sendiri di rumah dan tidak mendapatkan sebarang vaksinasi untuk mereka biarpun telah dikunjungi oleh petugas kesihatan.


“Suami saya seorang jurutera pun tidak menghalang keputusan ini, bahkan turut sama-sama membantu di saat-saat saya me­lahirkan anak di rumah,” ujarnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 01:44 PM | Show all posts
dah  mampos belom? tak pun moga2 tak membiak la lepas ni ekk

yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 01:47 PM | Show all posts
menolak kemodenan, tapi tetap tengok youtube.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 01:51 PM | Show all posts
la hai.. wujud lagi doula doli bintang tujuh ni? Ingat senyap dah ramai taubat.
Kau nak beranak tengok youtube je? Haha.. dah macam aku tukar waterpump iron lak tengok youtube. Itu pon berkali2 repeat, pause, playback..

hai la.. pelik.. belajar tinggi2 tapi tolak kemodernan. Nak tunggu anak2 sakit agaknya baru nk percaya perubatan modern.
biasa kalau budak2 yg tak vaccine ni nanti masa sekolah.. cmne eh? kena buat surat ke camne sbb semua budak sekolah kena isi borang kesihatan.. termasuk sejarah vaccine masa kecil
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla demer beranak kat rumah. Kurang sikit sesak sepital gomen
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:09 PM | Show all posts
elok la laki sendiri yg jadi bidan utk bini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2023 02:13 PM | Show all posts
“Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.


tolak perubatan moden pastu terus ko nak jadi dokter youtube?  hahahaha...  baik ko jadi pelawak je la kak oiii...

“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


nanti kalau ada masalah, atau ko ke anak ke mati, jangan pulak si dolah tu hantar ke hospital ya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:52 PM | Show all posts
I mmg tak boleh faham kepala hotak mereka ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 02:57 PM | Show all posts
Ada my senior di university dulu, bersalin guna daula dan dibantunoleh husband dia.
Anak pertama, ada complication dan anak meninggal masa dilahirkan.
Daula ni kena dakwa kat court for 3rd degree murder.
Kesian juga daula ni.
Tak tahu apa perkembangan kes ni sbb kakak tu balik msia
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla kurang kurang dorang berani amik risiko
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg buatkan sheols fikir pusat ke lutut sheols tu bukan aurat walaunpun dilihat oleh staf perempuan? Lain mcm kefahaman sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau anak tu mati boleh claim anak syurga yang akan tarik mak pak masuk syurga sekali kan..takyah susah2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 03:43 PM | Show all posts
Mengada la. Umur pun dah 40 an
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sbb xde duit. Kalau ada duit, confirm cari kpj or mana2 hospital swasta yg boleh beranak ikot cara ko nak. Siap boleh pilih nk doc prempuan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:21 PM | Show all posts
dulu mak bapak hantar sekolah suruh belajar, sibuk mengelamun..
lepas tu tibah tengok youtube je jadi bijak..
apasal kau tak belajar jadi doktor dulu supaya wanita nak beranak tak susah cari doktor perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:30 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-8-2023 01:44 PM
dah  mampos belom? tak pun moga2 tak membiak la lepas ni ekk

yihhh

hujung2 nanti menyusahkan org lain jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 04:42 PM | Show all posts
midori888 replied at 7-8-2023 04:30 PM
hujung2 nanti menyusahkan org lain jer...

kan.... hat mcm ni kaykayem patot ikat salur peranakan sheols terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:42 PM | Show all posts
ni aku rasa mentaliti yang dah kena racun dengan daula. kalau tak racun mana ada pelanggan daula. ada masalah daula ni hantar ke hospital jugaknanti... ada kematian cakap takdir..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 04:50 PM | Show all posts
elok juga ada org2 camni. harap mati terus & boleh kurangkan populasi dan keturunan bodo bodo kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini terlebih bodoh dan jenis ini mesti jadi lobainita di Facebook dan YouTube dan ajak semua orang mempercayai apa yang dia percaya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.111277 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list