Seorang pelajar sekolah menengah mendakwa tangannya dicelup dalam air yang sedang mendidih oleh seorang guru di sebuah asrama. Kejadian yang berlaku di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu menyaksikan keadaan pelajar lelaki yang menjadi mangsa aniaya guru itu kini amat menyedihkan.
TribunStyle melaporkan, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tangannya dicelup dalam air mendidih oleh guru yang tidak bertanggungjawab di sekolahnya. Berang anak diperlakukan sebegitu, ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis. Seorang ahli keluarga asrama berkata, kejadian berlaku di asrama pada 8 malam Rabu lalu. Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan. Malah, mangsa mengadu kesakitan dan tidak boleh tidur sehingga pagi. "Kami sangat kecewa. Lebih menyakitkan apabila melihat tangan mangsa melepuh, dia (pelaku) tidak ada perikemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan," kata Eman kepada pemberita di Larantuka, pada Jumaat.
Dia berharap polis segera menjalankan siasatan agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya. "Kita harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku. "Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain," katanya. - CARI Sumber: mStar/Tribun Jatim
|
slyfynx replied at 5-8-2023 02:32 PM
Eh, kalau berita dari seberang, leh x at least kalau x nk letak kt tajuk pun, letak kat perkataan pe ...
ADVERTISEMENT