View: 1352|Reply: 3
|
Meraung Tangan Bengkak Dan Melepuh, Pelajar Dakwa Guru Celup Dalam Air Mendidih Di Asrama
[Copy link]
|
|
Seorang pelajar sekolah menengah mendakwa tangannya dicelup dalam air yang sedang mendidih oleh seorang guru di sebuah asrama.
Kejadian yang berlaku di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia itu menyaksikan keadaan pelajar lelaki yang menjadi mangsa aniaya guru itu kini amat menyedihkan.
TribunStyle melaporkan, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tangannya dicelup dalam air mendidih oleh guru yang tidak bertanggungjawab di sekolahnya.
 Foto: Tribun Jatim
Berang anak diperlakukan sebegitu, ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis.
Seorang ahli keluarga asrama berkata, kejadian berlaku di asrama pada 8 malam Rabu lalu.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan.
Malah, mangsa mengadu kesakitan dan tidak boleh tidur sehingga pagi.
"Kami sangat kecewa. Lebih menyakitkan apabila melihat tangan mangsa melepuh, dia (pelaku) tidak ada perikemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan," kata Eman kepada pemberita di Larantuka, pada Jumaat.
Dia berharap polis segera menjalankan siasatan agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya.
"Kita harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku.
"Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain," katanya. - CARI
Sumber: mStar/Tribun Jatim |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, kalau berita dari seberang, leh x at least kalau x nk letak kt tajuk pun, letak kat perkataan pertama macam org tulis berita.
Sbb sng aku nk skip x yah baca |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun iols simpati tapi tengok gambar sebelum baca pun dah tau berita seberang. Yindon jantan suka bela kuku panjang. Euuuw geli |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 5-8-2023 02:32 PM
Eh, kalau berita dari seberang, leh x at least kalau x nk letak kt tajuk pun, letak kat perkataan pe ...
Cari MRO ni memang selalu buka thread indon. Dia nak nganjing friska. Kalau ada 10 thread friska indon buka untuk burukkan malaysia, ada 25 thread balasan dari Cari MRO buka utk nganjing indon pulak hahahaahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|