CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Han Byul Tak Dapat 'Perform' Pada Konsert Apresiasi Irama Keroncong Sebab Tak Dapat Kelulusan Puspal

5-8-2023 02:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3772| Komen: 25

Penyanyi asal Korea Selatan iaitu Han Byul tidak akan membuat kemunculan menerusi Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos 2023 di Panggung Sari, Istana Budaya.


Pengarah urusan Irama Studios, Nazrul Asraf Mahzan menjelaskan punca Han Byul tidak dapat beraksi pada konsert itu disebabkan permohonan kepada Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak mendapat kelulusan.


"Han Byul merupakan salah satu tarikan untuk konsert ini dan kami pasti para peminat beliau menantikan penyanyi luar untuk menyanyi serta menghargai muzik dan irama tanah air kita. Malah Han Byul dilihat memberikan komitmen terhadap konsert ini.

"Adalah menjadi satu cabaran dan kesulitan buat pihak penganjur apabila PUSPAL tidak melepaskan kelulusan untuk Han Byul sedangkan dia mempunyai peminat yang tersendiri di Malaysia di samping rekod yang bersih.

"Tambahan pula, Han Byul merupakan juara program Big Stage yang turut dianjurkan di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Sabtu.

Han Byul sepatutnya menyanyikan dua buah lagu iaitu Winter Sonata dan Cinta Abadi dalam versi keroncong menerusi konsert tersebut.

Sedih dan ralat dengan ujian yang dihadapi saat akhir ini, Nazrul Asraf berharap para peminat Han Byul dapat memahami situasi yang dihadapi penganjur setelah segala inisiatif dan upaya telah dilakukan.

Pihak penganjur juga berharap para peminat terus memberikan sokongan terhadap konsert yang mengangkat muzik keroncong sehingga dijadikan satu konsert khas atas nama irama itu sendiri.



“Sayang sekali peluang memperkenalkan irama warisan keroncong Malaysia ke peringkat antarabangsa dan dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Korea yang merupakan pemenang program Big Stage terbeku begitu sahaja dan sebarang rayuan ditolak Puspal," katanya.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah.

Selain Han Byul, beberapa pelapis baharu turut memeriahkan konsert tersebut seperti Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2021), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong).

Persembahan akan diiringi oleh pemuzik Orkestra Keroncong Irama Perindu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 5-8-2023 04:38 PM
Ramai ke peminat hb? Tp betul suara dia sdppp
Quote codenamedream 5-8-2023 04:39 PM
Patutlah Coldplay buat konsert sehari jer tapi kat Singapore sampai 6 hari.
1975 keparat dapat kelulusan pulak.  

Tiberr.  
Quote jalfa 5-8-2023 04:49 PM
Retis bersih susah dapat..retis yg rekod taik buasir ko bagi lak prform
Quote bintangct 5-8-2023 07:44 PM
cahaya_almas replied at 5-8-2023 04:38 PM
Ramai ke peminat hb? Tp betul suara dia sdppp

ada la gak since dia menang big stage tu
artis mcm ni kenapa xlepaskan
dia ada gak harumkan lagu² malaysia dlm ytube korea dia tu
mende la puspal ni
Quote msdummy.2018 5-8-2023 08:39 PM
Puspal nih bodoh gak...masih bangang ek
Quote cahaya_almas 5-8-2023 08:43 PM
bintangct replied at 5-8-2023 07:44 PM
ada la gak since dia menang big stage tu
artis mcm ni kenapa xlepaskan
dia ada gak harumkan lagu² ...

Kan...suara dh ler best giler   syg sungguh..
Quote I.K.A888990 5-8-2023 08:49 PM
bagus je ketengahkan bakat2 luar yg mmg boleh nyanyi lagu kita
mana tau viral ke kat socmed boleh pikat anak2 muda kita atau org luar
Quote Rhyno 5-8-2023 10:00 PM
codenamedream replied at 5-8-2023 04:39 PM
Patutlah Coldplay buat konsert sehari jer tapi kat Singapore sampai 6 hari.
1975 keparat dapat kelu ...

team Madanon yg bagi kelulusan.
Quote sambaldurian 6-8-2023 02:10 AM
Aik nak sign pelepasan sehari dua pun payah. Padahal mmg artis tu bertapak kt Msia bkn mcm 1975 ( first time aku dgr group ni).
Quote LembingDayanti 6-8-2023 03:04 AM
memang bangang keraj madanon eh tiberrrr
Quote sharlenetexas 6-8-2023 03:06 AM
I.K.A888990 replied at 5-8-2023 08:49 PM
bagus je ketengahkan bakat2 luar yg mmg boleh nyanyi lagu kita
mana tau viral ke kat socmed boleh pi ...

Ada reality show kat thailand nyanyi lagu nek ani dikir puteri.

Quote LadyCarefree 6-8-2023 09:45 AM
sambaldurian replied at 6-8-2023 01:10 AM
Aik nak sign pelepasan sehari dua pun payah. Padahal mmg artis tu bertapak kt Msia bkn mcm 1975 ( fi ...

Tu la pasal. Bangang apa pegawai pispal tu?
Quote dolladolla 6-8-2023 11:04 AM
Pelik2 la puspal ni, org tu menyanyi bknnya buat menda tak helok ats pentas nun..
Quote makgetah 6-8-2023 11:45 AM
Dia ni mmg dah duduk melesia ke? Ghugi nye
Quote sleepandream 6-8-2023 01:00 PM
tak hulur2 puspal tak layanler...
ce hulur
Quote twinkystar 6-8-2023 01:46 PM
PUSPAL ni strict sgt, HanByul ni nk nyanyi je kot
Quote AWEKSAMURAI 6-8-2023 02:00 PM
Aku just tunggu bila Han Bi yol ni fgn Sherry Al hadad announces dorang nk kwen je hahahaa
Quote chiyoasuka 6-8-2023 02:50 PM
tp ok dia nyanyi ni
Quote dudaberhias 6-8-2023 03:03 PM
baru laksanakan tapisan ketat puspal ni hujung2 dah gagal teruk...

mana la 1975 tak terlepas comolot dalam malaysia ni depan2 peminat2 buta muzik..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.090867 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top