CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Khadijah Ibrahim cedera, pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan

1-10-2024 01:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35104| Komen: 14

 


Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas kereta pacuan empat roda dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya petang tadi.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu sebelum terbabit kemalangan kira-kira pukul 5.28 petang berhampiran Taman Kinamas, Jalan Beaufort – Kota Kinabalu.

Dilaporkan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza.

Turut cedera dalam kenderaan sama adalah Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.

Bagaimanapun, penyanyi yang mesra disapa Khaty itu kini dilaporkan dalam keadaan baik dengan ketiga-tiga mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.

Khadijah dipercayai memandu kenderaan terbabit dilaporkan hanya mengalami kecederaan di tangan.


Beliau juga sempat memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang tiba di lokasi kejadian mengenai konsertnya yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November depan.


Selain itu, pemandu dan penumpang kereta Toyota Avanza yang dikenali sebagai Liaw Lee Jin, 30 dan Fong Pak Man, 60 juga dilapor cedera.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 5.29 petang tadi sebelum seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi bersama jentera.

“Komander Operasi sejurus tiba melaporkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu kereta Toyota Hilux bertembung dengan kereta Toyota Avanza.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.

“Dua orang mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga orang mangsa dalam kenderaan Toyota Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 1-10-2024 12:41 AM
Semoga takde apa apa yg serius dato katty.
Quote annadonna 1-10-2024 01:05 AM
Dato Khaty drive sendiri ke. Berani jugak dia ya.
Quote imransulaiman 1-10-2024 01:42 AM
Tak cakap pula kan salah kereta hilux ke atau salah avanza... Hmmmmmmmmm
Quote BoongaKertas 1-10-2024 08:22 AM
ala meols malas google umur sheols. tp kira gagah juga lg kan drive. nsb baik semua baik2 saja.
Quote fanaz82 1-10-2024 09:44 AM
Cepat sembuh
Quote myvi132806 1-10-2024 01:28 PM
Semoga dipermudahkan
Quote supernaturalee 1-10-2024 02:07 PM
Beliau juga sempat memaklumkan kepada anggota bomba dan polis yang tiba di lokasi kejadian mengenai konsertnya yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 1 November depan.



mmm..elok xde pape la tu

nnt balik semenanjung die kirim salam dpd abam2 bomba dgn polis kt org semenanjung pulak


Quote uori 1-10-2024 02:32 PM
supernaturalee replied at 1-10-2024 02:07 PM
mmm..elok xde pape la tu

nnt balik semenanjung die kirim salam dpd abam2 bomba dgn polis kt org  ...

sempat lagi kan nak promote concert
Quote sukacactus 1-10-2024 02:44 PM
Mulut dia ni informatif betul ye
Sempat promo konsert lg lps eksiden pun
Quote sleepandream 1-10-2024 02:51 PM
syukur sheols semua selamat....
Quote CurangLagi 1-10-2024 05:48 PM
Edited by CurangLagi at 1-10-2024 09:52 AM

Btw. Hebat juga mereka ya. Sementara tunggu bantuan sampai. Maci kathy and penumpang smua keluar sendiri. Hihi. Btw yg salah tu avanza. Masyukk lorong maci kathy. Sukur depa smua selamat.

Semoga petugas2 semua trn support maci khaty ya di ITCC. Hahahhaa
Quote Shayang 1-10-2024 07:24 PM
Oh dia nak wat konsert bln depan
So tak jd juri GV dah eh
Quote Rogue98 1-10-2024 07:30 PM
Kat Brunei mmg drive relek2 jer sampai nak tertidur...bila masuk Sabah atau Sarawak jadi fast n furious..
Quote Olumis 1-10-2024 10:07 PM
Mesti acik khaty terkezut kan tengok jalan raya dekat sabah. Jauh juga tu drive dari brunei ke kk. Gigih naww bawa kereta. Mun bakarih andangtah barulih. Gitewww.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064032 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top