CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Wallahi tak disunting’ – Netizen tak percaya klip ‘iblis’ Zara Zya

2-10-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10019| Komen: 11

 


Meskipun sudah menafikan suara garau yang ‘terakam’ menyebut perkataan ‘iblis’ dalam sebuah audio siar datang daripadanya, ramai dalam kalangan netizen yang tidak mempercayai penjelasan aktres tersebut. 

Dalam pada ramai netizen yang berasa seram dengan klip temu bual, ada juga sebilangan besar mereka yang geli hati dengan penjelasan Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin. 

“Zara Zya ni lawaklah. Dia ada bakat jadi vokalis melodic death metal. 

“Saya tengah tengok video audio siar (podcast) Zara Zya. Secara tiba-tiba pintu pejabat saya terbuka dengan sendiri,” demikian seloroh berbaur sindiran peminat. 

Terdahulu, Zara menjelaskan suara yang bertukar menjadi garau apabila menyebut perkataan ‘iblis’ dalam satu podcast tidak disunting. 

“Wallahi, ketika saya sebut perkataan iblis itu, suara saya tidak disunting. Itulah suara dia (iblis), dia ada,” jelasnya menerusi X. 


Sebelum ini, Zara juga pernah berkongsi perkara mistik iaitu bertukar menjadi ular dalam mimpi selain menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran. Dia juga mengakui memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan. 

Dia juga mendedahkan pernah ingin membaham kucing sendiri angkara gangguan ghaib. 


“Benda itu berpanjangan sampai setahun sampaikan nak tengok binatang itu (kucing sendiri) pun saya tak boleh,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 2-10-2024 08:49 AM
zara..... ko berlakon balik la ye...
Quote fanaz82 2-10-2024 09:45 AM
rain2169: zara..... ko berlakon balik la ye...

dia dah xberlakon ke sekarang ni?
Quote Perawankota 2-10-2024 12:01 PM
Aku Dari Ari tu nk tgk podcast tu, tapi kang malam terbayang2 lak.. dah lah umah aku jenis pasang satu lampu je mlm2
Quote amyfaha 2-10-2024 10:59 PM
Boring podcast ko. Mcm newbie baru nk belajar berckp. Xde aura xde karisma
Quote surfin_net82 2-10-2024 11:29 PM
Tgk PC zizi kirana... Bnyk kali audio suara dialter. Produser buat xsemua bgtau kat artis tu. Ntah knapa setiap kali dengar PC dorg ni aku terlelap.

Misteri paling besar mcm mana AA blh dapat Datuk Seri. Dulu² level PM je dpt pangkat ni. Dia bukannya panglima laksamana perang ke apa... Ada sesiapa tau?
Quote likilu 2-10-2024 11:59 PM
Bangga pulak iblis ada dlm badan dia ke apa?
Ke apa.benda yg dia cerita?

Suara gitu budak kecik pun boleh buat tak tunggu edit aih
Quote pia250110 3-10-2024 09:37 AM
ermm aku dah tgk full kat youtube,,bg aku xseram pom,,aku lg tertarik nak dgr cite emma lg,,emma punye cite hantu lg ok,,hope emma buat youtube cite misteri yg pernah die alami,,
Quote apech 3-10-2024 09:51 AM
Berlakon suara iblis pun tak menjadi. Kalau tgk dr cara zz nampak dibuat. Lagi 1 mulut gerak dulu iblis keluar kemudian. Memburukkan lakonan bila dia sebut 'eh kenapa suara mcm tu".
Quote tompie 3-10-2024 10:53 AM
surfin_net82 replied at 2-10-2024 11:29 PM
Tgk PC zizi kirana... Bnyk kali audio suara dialter. Produser buat xsemua bgtau kat artis tu. Ntah k ...

Maaf aku tak tau... tapi sapa AA?? AA yang datang kat kepala aku azwan ali, alif aziz, asmawi ani
Quote surfin_net82 3-10-2024 11:25 PM
tompie replied at 3-10-2024 10:53 AM
Maaf aku tak tau... tapi sapa AA?? AA yang datang kat kepala aku azwan ali, alif aziz, asmawi ani
...

Mod podcast tu la
Quote moocoww 4-10-2024 12:00 AM
Buang masa iols ja tengok.. tak seram langsung

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043431 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top