Pelakon Lim Ji Yeon mengakui menyesal melakonkan aksi ranjang dalam drama Obsessed ketika awal pembabitannya dalam industri hiburan. Kata Ji Yeon, dia memegang watak Jong Ga Heun yang merupakan seorang jururawat yang menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang.
"Ia merupakan peluang berharga buat saya pada ketika itu, watak di dalam skrip itu memang bagus dan mencabar diri saya. "Saya juga lihat pengarah begitu bersemangat untuk lihat lakonan saya," katanya di dalam rancangan You Quiz On The Block baru-baru ini. Meskipun teruja melakonkan watak berkenaan, dia tetap bimbang mengenai pandangan ibu bapanya yang akan menonton babak tersebut. Namun semuanya kebimbangannya hilang apabila ibunya hadir dengan jambangan bunga semasa tayangan perdana drama berkenaan. "Saya risaukan padangan ibu bapa saya. Saya risau kalau dia malu dan terluka kerana saya lakonkan aksi di ranjang," katanya lagi. Bukan itu sahaja, dia juga menerima kritikan hebat dari netizen akan lakonannya di dalam drama berkenaan. Sumber: mStar |
wikedsaikel replied at 8-8-2023 06:47 PM
Lawa gila dia ni dlm Obsessed. Aku suspect film korea ni some aksi tu betul sb real kan?
KikiHadid replied at 16-8-2023 04:26 PM
Yg x faham biasa movie2 erotic ni heroine mmg muka2 baru nk naik..tu faham la nk naik ony psl ap pun ...
laicibiru replied at 20-8-2023 04:29 PM
money talks kot? mungkin payment lebat?
lagipon biasa dah kalau movie/drama yg ada hero/heroin te ...
KikiHadid replied at 22-8-2023 06:31 AM
Ye la kot u..x pun alasan cliche hero2 tu semua sbb nk cabar diri buat sesuatu yg baru..padahal se ...
laicibiru replied at 3-9-2023 04:02 PM
sambil menyelam minum air kan. Cuma macam kecewa la sebab ada rekod berlakon projek macam tu.
ADVERTISEMENT