CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Han So Hee Minta Peminat Jangan Taksub Dengan Selebriti, Bentuk Tubuh Menarik Sekadar Tuntutan Kerja

6-8-2023 10:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2464| Komen: 1

Description: Pelakon Han So Hee menasihatkan peminat agar tidak taksub untuk mendapatkan bentuk tubuh yang kurus selepas melihat selebriti kegemaran mereka melakukan diet ketat.Pelakon drama The World of the Marri ...
Pelakon Han So Hee menasihatkan peminat agar tidak taksub untuk mendapatkan bentuk tubuh yang kurus selepas melihat selebriti kegemaran mereka melakukan diet ketat.

Pelakon drama The World of the Married ini menjelaskan kebanyakan selebriti mengamalkan diet ketat disebabkan perlu mengikut sesuatu kontrak atau kehendak watak dalam sesebuah drama atau filem.



"Kamu tidak perlu menjadi kurus seperti saya. Kamu hanya perlu sihat... kerja yang saya lakukan sekarang ini (menjadi artis) memerlukan saya untuk menunjukkan sisi dalam dan luar tentang diri saya.

"Saya ada sebab untuk perlu menjadi kurus. Jika bukan kerana kerjaya saya, saya juga akan mengekalkan berat badan seperti orang biasa," katanya.

So Hee menjelaskan perkara itu ketika muncul dalam video siaran langsung di Instagram miliknya selepas salah seorang pengikutnya bertanya rahsia dia mendapat bentuk tubuh yang menarik.


Akuinya, dia kini sedang menjalani diet dan tidak mengambil sebarang snek kerana perlu mengekalkan berat badan sebelum menjalani penggambaran sebuah drama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, So Hee menjelaskan kecantikan bukan hanya diukur menerusi bentuk fizikal semata-mata sebaliknya kesihatan jauh lebih penting.

"Saya rasa tidak sesuai untuk kita letakkan standard kecantikan bergantung kepada kurus atau gemuk.

"Hanya kerana kamu kurus tidak bermakna kamu cantik. Orang yang sihat akan kelihatan lebih menarik," ujarnya.


Sumber: mStar, Allkpop


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:39 PM
Sape2 jd selebriti pun rasanya body lawa juga

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038844 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top