CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isu Lempar Air Ke Arah Cardi B, Netizen Bongkar Tindakan Dilakukan Atas Arahan Penyanyi Itu Sendiri

6-8-2023 12:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2573| Komen: 3

Description: Sebelum ini, penyanyi rap, Cardi B ada mencampakkan mikrofon ke arah penonton apabila berang disimbah air oleh oleh seorang individu ketika mengadakan persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas.Mene ...
Sebelum ini, penyanyi rap, Cardi B ada mencampakkan mikrofon ke arah penonton apabila berang disimbah air oleh oleh seorang individu ketika mengadakan persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas.

Menerusi video yang tular di media sosial, insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Cardi, menghiburkan penonton dengan lagu hitsnya, Bodak Yellow.

Bertindak balas dengan perlakuan biadab penonton terbabit, Cardi tidak menunggu lama untuk memberi pengajaran dan menunjukkan kemarahannya sebelum anggota keselamatan datang menenangkan keadaan.


Atas tindakan tersebut, ada yang menyifatkan Cardi sebagai seorang yang berani dan tidak memberi muka kepada mana-mana individu yang bersikap biadab sehingga memberi risiko kepada keselamatan orang lain.

Menurut Berita RTM, selang beberapa hari,  Ibu Pejabat Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat menerima laporan daripada seorang penonton sebuah konsert yang mendakwa cedera dibaling objek berupa mikrofon dari atas pentas.


Walaupun kenyataan itu tidak menyebut Cardi B sebagai pelaku, lokasi kejadian dan tarikh insiden pada Sabtu lalu menunjukkan laporan merujuk hari sama penyanyi itu mengamuk selepas disimbah air ketika melakukan persembahan.

Bukan itu sahaja, terdapat satu perkongsian dari Instagram milik therealearthquake yang menunjukkan kejadian seblum berlakunya insiden membaling mikrofon tersebut.

Menurut video yang dimuat naik, dia menunjukkan bahawa pada awalnya Cardi B sendiri yang meminta penonton untuk melemparkan air ke arahnya ketika konsert sedang berlangsung.

Melihat diruangan komen, ramai yang menyatakan bahwa tindakan yang dilakukan oleh penonton tersebut tidak la salah malah ada juga yang mendakwa bahawa Cardi B sudah mula menunjukkan belang dan perangai yang sebenarnya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-8-2023 09:43 AM
Menurut Berita RTM, selang beberapa hari,  Ibu Pejabat Polis Metropolitan Las Vegas, Amerika Syarikat menerima laporan daripada seorang penonton sebuah konsert yang mendakwa cedera dibaling objek berupa mikrofon dari atas pentas.

Kat sana pun ada RTM ekkk? ekekeke
Quote babelina 7-8-2023 10:37 AM
pastu kuar pula video string tampon nye tekkeluar masa persembahan.. tp video tu blur.. hahaha
Quote Page88 15-8-2023 07:02 AM
What Cardi B did was right.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039668 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top