CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stadium MBPJ Didakwa Berhantu, Empat Lembaga Hitam Dikesan Hadir Tonton Perlawanan Bola Sepak

4-8-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2987| Komen: 13

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan pasti perasan dengan kehadiran 'entiti hitam' yang berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC, malam tadi.


Empat individu yang memakai pakaian serba hitam dengan menutup seluruh badan mengejutkan penyokong yang hadir, malah menganggap ia umpama 'lembaga hitam' yang sedang menonton perlawanan di stadium.

Tindakan individu terbabit jelas unik dan jarang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).


Walaupun kemungkinan terdapat maksud tersirat di sebalik tindakan itu, rata-rata penyokong terhibur hingga ada yang menganggap kehadiran mereka umpama 'lembaga hitam' dan tular di media sosial.

"Aku ingatkan stadium berhantu tadi," tulis zacabdrahman.

"Nak kata tangan ghaib bukan. Tu lembaga hitam, hahahaha," kata jeff_pydin.

Manakala razakbosku704 pula berkata, "Kau panggil bunian apa ni haha".

Dalam aksi itu, skuad Red Giants bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PDRM dengan keputusan 4-1.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik di venue sama pada 19 Ogos ini bagi menentukan pasukan yang mara ke suku akhir. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 4-8-2023 11:02 AM
Huhu...nk tuduh jah petaling tapi dia tgh pantang????
Quote babelina 4-8-2023 11:30 AM
kotakominami: Huhu...nk tuduh jah petaling tapi dia tgh pantang????

hahahaha.. knnnn..
Quote supernaturalee 4-8-2023 11:49 AM
agak2 time score terkinja2 tak
pahtu behave balik duduk keras mcm tu

Quote salimrock 4-8-2023 11:56 AM
itu kan muslimah pakai menutup aurah utk menonton bola,

walopn mereka tutup abis, tp menonton bola sepak lelaki yg mendedahkan aurat mereka ( diantara lutut dan pusat ) tetap lah haram...

tp sekurang2 nya mereka mengurangkan dosa mereka, duduk berjauhan dr lelaki, berpurdah,

ntah2 celebriti yg tidak mahu mendedahkan identiti mereka...
Quote Suchi 4-8-2023 11:57 AM
Katanya jantan
Gimik apa pun taktau
Kalau perempuan pun taktau apa motif la pi tgk bola plak dgn berburqa camtu
Quote umbut 4-8-2023 12:05 PM
Kat tiktok ada minah ni berniqab sampai x nampak mata, full.. pastu netz semua puja puji.. choiiiii.. meluat.. kalo dibiarkan pencuri penjahat semua pki camtu x dpt dikesan,mata pun x nampak
Quote downiey 4-8-2023 06:41 PM
Suchi replied at 4-8-2023 11:57 AM
Katanya jantan
Gimik apa pun taktau
Kalau perempuan pun taktau apa motif la pi tgk bola plak dgn ber ...

hmmmmmm aneh2
Quote antikorok 4-8-2023 07:03 PM
Tak salah pong pakai camtu cuma rasa pelik jahh sbb agak jarang ummah tanah ayer pakai full gituu.

Tertanya2 jugek tak panas berkuap ke pakai penuh camtu, knowing tanah ayer ni panas dengan kelembapan tinggi namampos, waktu malam pong kalau pakai baju tshirt biasa pong boleh berpeluh mcm mandi
Quote zuuu 4-8-2023 07:12 PM
salimrock replied at 4-8-2023 11:56 AM
itu kan muslimah pakai menutup aurah utk menonton bola,

walopn mereka tutup abis, tp menonton bola ...

Mata pon ditutup nak tengok bola cam mana???baik la ko tengok bola kat depan tv je
Quote B40tastePosh 5-8-2023 12:53 AM
Spesis macam ni jangan bergambar buat membazir kodak je.
Quote kakikuDibibirmu 7-9-2024 04:19 PM

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.091037 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top