View: 2845|Reply: 11
|
Stadium MBPJ Didakwa Berhantu, Empat Lembaga Hitam Dikesan Hadir Tonton Perlawanan Bola Sepak
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan pasti perasan dengan kehadiran 'entiti hitam' yang berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC, malam tadi.
Empat individu yang memakai pakaian serba hitam dengan menutup seluruh badan mengejutkan penyokong yang hadir, malah menganggap ia umpama 'lembaga hitam' yang sedang menonton perlawanan di stadium.
Tindakan individu terbabit jelas unik dan jarang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Walaupun kemungkinan terdapat maksud tersirat di sebalik tindakan itu, rata-rata penyokong terhibur hingga ada yang menganggap kehadiran mereka umpama 'lembaga hitam' dan tular di media sosial.
"Aku ingatkan stadium berhantu tadi," tulis zacabdrahman.
"Nak kata tangan ghaib bukan. Tu lembaga hitam, hahahaha," kata jeff_pydin.
Manakala razakbosku704 pula berkata, "Kau panggil bunian apa ni haha".
Dalam aksi itu, skuad Red Giants bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan PDRM dengan keputusan 4-1.
Selepas ini, kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi timbal balik di venue sama pada 19 Ogos ini bagi menentukan pasukan yang mara ke suku akhir. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...nk tuduh jah petaling tapi dia tgh pantang???? |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami: Huhu...nk tuduh jah petaling tapi dia tgh pantang????
hahahaha.. knnnn..
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 time score terkinja2 tak
pahtu behave balik duduk keras mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
itu kan muslimah pakai menutup aurah utk menonton bola,
walopn mereka tutup abis, tp menonton bola sepak lelaki yg mendedahkan aurat mereka ( diantara lutut dan pusat ) tetap lah haram...
tp sekurang2 nya mereka mengurangkan dosa mereka, duduk berjauhan dr lelaki, berpurdah,
ntah2 celebriti yg tidak mahu mendedahkan identiti mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya jantan
Gimik apa pun taktau
Kalau perempuan pun taktau apa motif la pi tgk bola plak dgn berburqa camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tiktok ada minah ni berniqab sampai x nampak mata, full.. pastu netz semua puja puji.. choiiiii.. meluat.. kalo dibiarkan pencuri penjahat semua pki camtu x dpt dikesan,mata pun x nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah pong pakai camtu cuma rasa pelik jahh sbb agak jarang ummah tanah ayer pakai full gituu.
Tertanya2 jugek tak panas berkuap ke pakai penuh camtu, knowing tanah ayer ni panas dengan kelembapan tinggi namampos, waktu malam pong kalau pakai baju tshirt biasa pong boleh berpeluh mcm mandi |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 4-8-2023 11:56 AM
itu kan muslimah pakai menutup aurah utk menonton bola,
walopn mereka tutup abis, tp menonton bola ...
Mata pon ditutup nak tengok bola cam mana???baik la ko tengok bola kat depan tv je |
|
|
|
|
|
|
|
Spesis macam ni jangan bergambar buat membazir kodak je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|