CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'19 Tahun Saya Dalam BAM, Saya Sakit Hati...' - Lee Chong Wei

4-8-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3147| Komen: 11

Terkilan dengan sikap negatif peminat terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga mengeruhkan konflik antara badan induk itu dengan Datuk Misbun Sidek, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tegas mempertahankan BAM.


Tindakan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu selepas mereka dihujani kritikan pelbagai pihak susulan pemecatan Datuk Misbun Sidek, Jumaat lalu.


IG

Chong Wei yang turut hadir dalam sidang akhbar BAM kelmarin menjelaskan, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana BAM dan Misbun telah memainkan peranan besar sepanjang membentuknya menjadi antara pemain terulung dunia.

Kata Chong Wei, tidak semua perkara yang dilakukan BAM akan difahami peminat, namun percaya setiap keputusan dibuat adalah untuk kebaikan badminton negara.

“Isu ini memang membuatkan saya rasa sakit hati kerana badminton sentiasa dalam darah saya dan saya pernah 19 tahun dalam BAM. Tiada orang lain lebih lama daripada saya.


“Saya mengakui apa yang Tan Sri (Norza) cakap betul, ketika dia bawa Datuk Misbun (dalam BAM), kami tidak mempunyai banyak penaja dan Tan Sri sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaannya.

“Dengan itu barulah masa depan saya ada. Saya boleh katakan yang keputusan Tan Sri adalah kebaikan badminton negara untuk menghasilkan bukan sahaja Lee Chong Wei kedua tetapi mungkin lima atau enam pemain lagi,” kata bekas pemain No. 1 dunia itu.


MISBUN individu penting yang menaikkan Lee Chong Wei.

Chong Wei antara individu penting yang memujuk Misbun untuk kembali ke pangkuan BAM selepas Norza memegang tampuk kerusi presiden pada 2017.

Difahamkan Norza bukan sahaja mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk membayar separuh gaji Misbun, malah kerap mempertahankan pengendali berusia 63 tahun itu di hadapan Ahli Lembaga BAM apabila prestasi skuad negara di pentas antarabangsa tidak meraih keputusan memberangsangkan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 4-8-2023 10:13 AM
Edited by nusaraya at 4-8-2023 10:22 AM

Aneh dan Pelik  .. mengapa LCW baru complain sekarang ketika nasi sudah jadi bubur ?

Mengapa tak complain dan melakukan protes kepada atas policy BAM  ketika LCW masih mempunyai pengaruh sebagai player no. 1 dunia saat itu? ...

Bukankah LCW boleh hijrah ke Singapore atau negara lain jika dia tak setuju dan tak sejalan dengan policy BAM yang berlaku  ... macam yang dilakukan oleh LKY yang ambil keputusan untuk hijrah dari Penang ke Singapore  guna mendapatkan lingkungan dan dukungan negara singapore yang lebih baik  jika masih tetap di Malaysia.....

Misbun pun jika memang haibat sebagai coach atau pelatih .... pasti akan banyak negara di luar malaysia yang menawarkan beliau untok melatih di negara mereka .....Tirulah macam Rexy,  Hendrawan,  Flendy Limpele,  Indra Widjaya dan banyak contoh yang lain yang boleh di tiru oleh Misbun...



Quote Decaffeinated 4-8-2023 11:24 AM
nusaraya replied at 4-8-2023 10:13 AM
Aneh dan Pelik  .. mengapa LCW baru complain sekarang ketika nasi sudah jadi bubur ?

Mengapa tak co ...

dia bukan komplen, dia bekap BAM.

Which part didn't you understand?

Quote msdummy.2018 4-8-2023 11:55 AM
nusaraya:  Edited by nusaraya at 4-8-202 ...


Aku nmpk smgt malaysia kat situ yg susah nk dpt kat mana2 player
Quote Skuau 4-8-2023 11:59 AM
19 tahun? Mungkin pengalaman itu...perlu dibawa ke BAM....@bg apa2 jawatan kt Datuk LCW...amacam???
Quote dua_chzy 4-8-2023 12:13 PM
Decaffeinated replied at 4-8-2023 03:24 AM
dia bukan komplen, dia bekap BAM.

Which part didn't you understand?

Mungkin sebab dia Ndon maka dia ada sedikit masalah pemahaman.
Quote brego 4-8-2023 12:34 PM
kalau aku jadi misbun, baik jadi coach kat luar negara
jepun or US

lagi pun dah ramai ex player anak didik misbun jadi coach di luar
Quote kayla 4-8-2023 12:43 PM
dua_chzy replied at 4-8-2023 12:13 PM
Mungkin sebab dia Ndon maka dia ada sedikit masalah pemahaman.

ooo patut la ...
Quote Firenzza 4-8-2023 12:44 PM
nusaraya replied at 4-8-2023 10:13 AM
Aneh dan Pelik  .. mengapa LCW baru complain sekarang ketika nasi sudah jadi bubur ?

Mengapa tak co ...

Klau dh sign kontrak x blh suka suki kondem majikan
Quote Firenzza 4-8-2023 12:46 PM
brego replied at 4-8-2023 12:34 PM
kalau aku jadi misbun, baik jadi coach kat luar negara
jepun or US


Klau x silap misbun adik beradik prnh tubuh nusa mahsuri, hasilnya roslin & hafis hashim

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040709 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top