Gadis hilang pertimbangan dek kerinduan mendalam terhadap kekasihnya yang telah meninggal dunia. Menerusi temu bual bersama podcast Bros Gang TV di saluran YouTube pempengaruh itu, dia mendedahkan pernah melakukan ritual pelik untuk ‘berjumpa’ dengan arwah.
"Masa tu saya tak fikir apa dah. Saya memang nak jumpa sangat dengan arwah. "Saya buat apa yang dia (dukun) suruh buat," akuinya yang membaca mantera dalam bahasa Jawa. Dia yang tidak pernah makan sireh juga melakukannya sebagai salah satu prosedur upcara berkenaan. Gadis itu kemudian diberi suatu bungkusan yang diikat dengan kain berwarna kuning dan diarah untuk meletakkannya di dalam bilik tanpa pengetahuan sesiapa.
Tambahnya, ritual berkenaan perlu dilakukan antara jam 9 atau 10 malam ke atas, di mana dia perlu membaca mantera yang ditulis pada kain berkenaan sambil duduk dalam keadaan berbogel. - CARI
|
mojarean_X replied at 4-8-2023 09:50 AM
Jap lg mesti ada komen pasal mek yah pula
manehnya replied at 4-8-2023 09:46 AM
mengundang jin.. pastu jenuh berubat nk buang, ujung2 ckp gila
chilly replied at 4-8-2023 09:55 AM
Salah. Ujung2 kate buatan orang tak sudah2.
Decaffeinated replied at 4-8-2023 10:18 AM
Nak bagi tau tu ja duduk berbogel? Itu semua orang hari2 buat sambil berak tak kecoh pun.
ADVERTISEMENT