Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina menjadi perhatian warganet selepas tular videonya lancar membaca surah Yasin ketika membawa penumpang. Menerusi rakaman berdurasi satu minit 32 saat yang dikongsikan pengguna Facebook Roseni Kamaruddin pada Khamis, difahamkan warga emas itu mula mempelajari bacaan ayat suci al-Quran dengan rakannya beragama Islam ketika bekerja di sebuah syarikat automobil sebelum ini.
Katanya, setiap hari dia membaca 17 ayat pertama dari surah Yasin. Selain itu, dia juga membaca dua kalimah syahadah. "Ini semua hasil pergaulannya dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata mendengarnya," kongsi Roseni. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum mereka terhadap kelancaran pemandu tersebut mengalunkan surah yang dianggap sebagai jantung kepada kitab suci al-Quran itu.
FB Selain mendoakan lelaki tua itu diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. "Aku pula yang segan, aku baca masih teragak-agak," tulis noorhasidah. Sumber: Majoriti
|
Ayda89 replied at 4-8-2023 10:39 PM
Ingat dulu kwn keja cainis nak ngorat kwn i, dia mengaku kata tak minum,tak makan vavi. Bila kwn i r ...
ADVERTISEMENT