Bayi perempuan berusia lapan bulan maut akibat renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih. Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka, Bengaluru, India pada Rabu.
Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar. Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan. Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik. Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah. Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia. Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.
Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat. Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu. Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Sumber: Harian Metro
|
chiyoasuka replied at 3-8-2023 01:02 AM
ya Allah… bahaya nya… kdg tgk ada segelintir parents ni duk biar tgk anak tu kunyah yg bukan2…
Kangkung1M replied at 3-8-2023 04:19 PM
Dulu Aeril Zafrel pernah buat video challenge isteri kunyah wayar charger. Bayangkan kalau budak2 ...
ADVERTISEMENT